Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bersama-sama Mazlan Aliman (Presiden ANAK), Datuk Tamrin Tun Ghafar (pemimpin UMNO), Dr Rosli Yacob (bekas timbalan pengurus operasi di Bank Negara Malaysia), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Malaysia) dan dua peneroka (Tanggam dan Siti Halijah) dibenarkan masuk ke Istana.
Dalam perarakan dari Masjid Jalan Duta, Kuala Lumpur yang bermula kira-kira jam 2.20 petang tadi, lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum - rata-rata berpakaian serba oren - melaungkan 'pecat Isa Samad', 'bebasan peneroka' dan 'Hancur Najib'.
Pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin dan Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Kerai merangkap Pengerusi PROTES) antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang mengisi pentas bantahan. [gambar kiri]
Peserta himpunan dikawal ketat oleh rantaian manusia di bawah selaian Unit Amal Malaysia.
Tidak lama selepas itu, sepasukan polis menyekat perarakan aman dari Jalan Dutamas 1 ke Jalan Sri Hartamas 1. Sekatan itu sejarah 600 meter ke Istana seperti yang dipersetujui oleh polis dengan penganjur.
Mohamad Sabu berkata, Yang di-Pertuan Agong wajar campur tangan demi "mempertahan kepentingan Melayu".
Mazlan pula berkata, pihaknya akan "melawan habis-habisan" sungguhpun FGBH telahpun disenaraikan dalam bursa.
Tuan Ibrahim mendesak Isa Samad melepaskan jawatan disebabkan rakyat "hilang kepercayaan" kepadanya.
Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan lagi kepada rakyat bahawa mana-mana perhimpunan aman, termasuk Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lepas pasti aman sekiranya tidak menerima bedilan gas pemedih mata, meriam air serta sepak-terajang 'Polis Raja Di Malaysia'. -END
SEBARKAN!
Klik gambar |
No comments:
Post a Comment