05 March 2014

Tuan tanah lari dari 'perang mulut' Kg. Pmtg. Tok Subuh

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Foto: MOHD. SABRI SAID

BUTTERWORTH - Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Puan Nabisha Ibrahim pagi tadi menetapkan pendengaran kes pengusiran 20 penduduk Kampung Permatang Tok Subuh didengar semula pada 26 Mac depan, serentak dengan hari penghakiman terus yang membabitkan enam lain dari kampung tersebut.

Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Permatang Tok Subuh, Hamidah Che Embi bagaimanapun berkata, pihaknya gagal menyerah memorandum bantahan kepada tuan tanah Distinct Class kerana wakil pihak pendakwaan dari Firma Fadzil, Chua & Song seakan melarikan diri daripada mereka.

"Dia (peguam tuan tanah) enggan terima memo, beberapa kali lari apabila terserempak dengan orang kampung Permatang Tok Subuh di mahkamah tadi," ujar Hamidah semasa dihubungi lewat petang tadi.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Che Keong, Lee Khai Loon (Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk), Pak Jab Samat (Ketua PKR Cabang Bukit Mertajam), Zulkefli Saad (Pengasas Lang-Gar) dan Mohamad Ikhwan Nasser (wakil AMK) turut hadir pada aksi 'parang mulut' tersebut.

Bercakap pada sidang media, Steven Sim berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil langkah secara pentadbiran agar kesemua penduduk terbit tidak tercicir dek arus pembangunan di tanah kampung tersebut.

"Kerajaan Negeri akan mempertahan hak penduduk habis-habisan dengan kuasa yang ada," tegas Steven yang juga pemuda DAP Pulau Pinang, dipetik daripada Hamidah.

Manakala, Pengerusi Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS), Zolkifly Md.Lazim semasa menghubungi dari Jordan sebentar tadi menyifatkan tindakan 'lari' pihak pendakwaan sebagai kemenangan moral untuk penduduk terbabit.

Semalam, Hamidah melancarkan 'perang mulut' mengepung Distinct Class di mahkamah, ekoran, keengganan peguam tuan tanah itu menerima memorandum penduduk dalam satu aksi demontrasi di Seberang Jaya, Isnin lepas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus