17 June 2013

Speaker DUN P.Pinang fail petisyen PRU13

Datuk Abdul Halim Hussain yang masih dimahsyurkan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini menggemukakan petisyen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi kawasan yang beliau bertanding, iaitu DUN Teluk Bahang.

Petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Abdul Halim diwakili oleh S.Raveentharan yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung.

"Ini (petisyen) satu lagi saluran yang sedang kita gunakan...saya sendiri telah membuat laporan polis dan aduan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tentang salah laku pilihan raya sebelum ini.

"Dalam petisyen ini, saya telah menuntut mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan N40 Teluk Bahang," ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I), Prof.Dr.P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) turut hadir dalam sidang media itu.

Dalam petisyen itu, Abdul Halim mendakwa wujud keraguan, amalan rasuah serta politik wang dalam proses pilihan raya umum di kawasan DUN berkenaan pada 5 Mei lepas.

Bercakap pada sidang media yang sama, Raveentharan berkata, pihaknya sudah menerima kos guaman berjumlah RM10,000 daripada Abdul Halim sendiri dan baki selebihnya yang dianggar mencecah RM50,000 akan ditanggung oleh parti anak guamannya, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut beliau, tiga pihak disebut sebagai defenden dalam petisyen itu, iaitu Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (calon Barisan Nasional bagi DUN Teluk Bahang), Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan raya Kawasan Teluk Bahang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.

"(Plaintif) tuntut satu deklarasi untuk membatalkan keputusan BN menang berdasarkan keraguan-keraguan serta beberapa faktor lain yang akan dikemukakan semasa prosiding kelak.

"Datuk Abdul Halim secara peribadi telahpun membayar RM10,000 (kos petisyen) dan saya ada resitnya," jelas Raveentharan.

13 Mei lepas, 10 calon Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tewas dalam PRU13 dilaporkan membuat aduan penyelewengan pilihan raya di Kompleks SPRM Pulau Pinang, George Town.

Mereka, Abdul Halim sendiri, Mohd. Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau), Asnah Hashim (DUN Bayan Lepas), Mohd.Tuah Ismail (DUN Pulau Betong), Rosidi Hussain (DUN Penaga), Ahmad Zakiyuddin Abd.Rahman (DUN Pinang Tunggal), Norhayati Jaafar (DUN Teluk Air Tawar), Arshad Md. Salleh (DUN Permatang Berangan), Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai che'GuBard (DUN Sungai Acheh) dan Syed Mikael Rizal Aidid (DUN Bertam).

Mohd. Bakhtiar berada dalam senarai 35 calon oposisi yang membuat petisyen peringkat Parlimen di mahkamah.

Manakala, Abdul Halim adalah antara calon Pakatan Rakyat yang membuat petisyen peringkat DUN, iaitu pada 12 Jun lepas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus