Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar:
AHMAD ADIL MOHAMAD
BAGAN JERMAL -
Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan
membina jambatan konkrit bernilai RM195,137.50 melintasi parit monsun
sedia ada di Jalan Pangsapuri Emas, sebagaimana dicadangkan penduduk
setempat.
Menurut Ketua Menteri,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, projek pemajuan itu dijangka siap dalam
tempoh 16 minggu, bermula pada majlis pecah tanah yang dilangsungkan
pada 3 Ogos lalu.
“Tujuan pembinaan
projek ini adalah untuk mewujudkan laluan alternatif kepada penduduk
Pangsapuri Emas dan Taman Melur dan juga memendekkan tempoh masa
perjalanan bagi penduduk sekitar memandangkan orang awam tidak perlu
melalui Jalan Raja Uda.
“Secara tidak langsung,
keadaan ini dapat mengurangkan jumlah kenderaan yang menggunakan
Jalan Raja Uda dan kesesakan dapat dikurangkan,” ujar Guan Eng yang
juga Ahli Parlimen Bagan kepada wartawan di sini baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Bagan Jermal merangkap Exco Kerja Raya, Pengangkutan
dan Utiliti, Lim Hock Seng, Phee Boon Poh (ADUN Sungai Puyu merangkap
Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar), Dato'
Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua MPSP) dan Sr. Rozali Mohamud
(Setiausaha Majlis MPSP) turut hadir pada majlis tersebut.
Difahamkan, komuniti
setempat pada 1 Februari lalu mengemukakan cadangan tersebut kepada
Hock Seng.
Cadangan tersebut
kemudiannya dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Lalu Lintas dan
Infrastruktur Seberang Perai Bil.2/2015 pada 13 Februari lepas,
seterusnya diperakukan untuk tujuan kelulusan dalam Mesyuarat Penuh
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.
Perkembangan terbaru ini
sekaligus menyerlahkan pemajuan infrastruktur setempat mengambil kira
keperluan sebenar komoniti.
No comments:
Post a Comment