10 August 2015

KN sasar laksana dasar asing sisa pepejal dari sumber tahun depan – Kon Yeow

CHOW Kon Yeow (empat dari kiri) menyampaikan Insentif Program Organik CCAC kepada wakil penduduk, sambil disaksikan oleh Maimunah Mohd. Sharif (paling kiri), Rozali Mohamud (lima dari kiri) serta beberapa Ahli Majlis MPSP lain di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN DALAM - Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan pelaksanaan dasar pengasingan sisa pepejal dari sumber mulai tahun depan.

“Kitar semula daripada sumber adalah cara yang jauh lebih baik daripada kitar semula diproses akhir.

“Malah, Kerajaan Negeri kini sedang membuat persediaan untuk dasar pemisahan daripada sumber yang disasarkan untuk pelaksanaan tahun depan,” kata Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri (ADUN) Padang Kota di sini bar-baru ini.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato' Maimunah Mohd. Sharif dan Sr. Rozali Mohamud (Setiausaha Majls bagi MPSP) turut hadir pada Majlis Pemberian Insentif Program Organik CCAC & Perasmian Pusat Pengumpulan Semula Park View.

Kon Yeow turut merakamkan kepada semua pihak, khususnya MPSP serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana kadar kitar semula di negeri ini meningkatkan sehingga 32 peratus, dan angka itu merupakan kadar tertinggi di Malaysia.

“Seperti di Bahagian Pulau, sehingga bulan Julai 2015, terdapat 14 lokasi pusat pemprosesan sisa makanan di kawasan pentadbiran MBPP,” jelas Kon Yeow lagi.

Sebelum itu, Maimunah melahirkan rasa bangga kerana MPSP dipilih oleh Climate and Clean Coalition dan United Nations Environmental Programme (UNEP) bagi program pengurangan Short Live Air Pollutants, iaitu pengurangan karbon dioksida, metana dan karbon hitam.

“Perbadanan Pengurusan (MC) Park View, Taman Pandan dan Pangsa Tanjung Indah masing-masing menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam program penjagaan alam sekitar.

“Oleh itu, CCCAC/UNEP telah memilih ketiga-tiga perbadanan pengurusan bangunan tinggi ini bagi melaksanakan kajian pengursan sisa organik dapur,” jelas Maimunah.

Pelancaran program berwajib dengan di Park View, Taman Pandan dan Pangsa Tanjung Indah masing-masing diadakan pada 12 dan 19 Januari 2014 serta 11 Mei 2014.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus