08 August 2017

Anak Bruce Lee pilih P.Pinang set penggambaran filem kisah hidup muda ayahnya

KETUA Menteri menyampaikan cenderamata kepada Shannon Lee, iaitu anak lagenda seni bela diri terkenal dunia Bruce Lee di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pulau Pinang akan menjadi salah satu lokasi pergambaran filem "Little Dragon" yang mengisahkan kehidupan lagenda seni bela diri terkenal dunia bernama Bruce Lee ketika usia muda, kata anaknya Shannon Lee.

Shannon Lee dalam sidang media bersama-sama Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu penggambaran filem biografi ayahnya itu dijadual bermula antara bulan September hingga November tahun ini.

"Kami akan berusaha untuk meniru era 1950-an di Hong Kong. 

"Sebahagian sesi pergambaran akan dilakukan di Pulau Pinang, sebelum kami menuju ke studio Pinewood Iskandar Malaysia dekat Johor Baru, dan lalu ke Foshan (dekat negara) China untuk penggambaran filem.

"Ini adalah filem mengenai kisah benar ayah saya, Bruce Lee, daripada mana beliau datang dan apakah keistimewaan yang mungkin kebanyakan orang ingin tahu," katanya dalam sidang media di Komtar, 8 Ogos lepas.

Katanya lagi, filem berdurasi kira-kira dua jam itu akan diarah oleh pengarah terkenal, Shekhar Kapur dan dijangka akan ditayangkan pada akhir tahun depan.

Sementara itu, Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam menzahirkan rasa bangga kerana dalam filem terbaru ini, bangunan-bangunan warisan di sekitar George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO akan dijadikan latar belakang kisah hidup usia muda Bruce Lee pada era 1950-an dulu.

"Kita (Kerajaan Negeri) begitu berminat sebab anak Bruce Lee ada di sini, dan memilih Pulau Pinang untuk penggambaran filem ayahnya," ujarnya yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim turut sertai sidang media itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus