22 August 2017

Boon Poh dedah minit mesyuarat, akui jalankan tugas Exco sahaja

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


GEORGE TOWN - Sambil mendedahkan satu minit mesyuarat berwajib, Phee Boon Poh mengaku beliau hanya hanya melaksanakan peranan sebagai Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam sahaja, ketika mengeluarkan satu surat penangguhan penguatkuasaan ke atas sebuah kilang tanpa lesen di Kampung Sungai Lembu dekat Penanti.


"Ya, mereka (pemilik kilang tanpa lesen berkenaan) telah memohon (pelingkungan semula dari Zon Pertanian menjadi) zon perindustrian, tapi telahpun ditolak," jelas Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu.


Penjelasan itu sekaligus menyanggah fitnah beberapa media arus perdana mesra Barisan Nasional, yang mengaitkan Boon Poh secara peribadi dengan kepentingan kilang tersebut.


Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang juga Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam, dan Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir) turut sertai sidang media tersebut.


Kepada wartawan, Boon Poh mendedahkan salinan Minit Mesyuarat Berhuhung Kes Aduan Terhadap Kilang Perusahaan Habuk Kayu Di Lot 894, Jalan Sungai Lembu 14000 Bukit Mertajam bertarikh 6 Mei 2015 di Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).


Guan Eng memberitahu Boon mendedahkan salinan minit mesyuarat itu, selepas mendapat kebenaran dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Komtar pada pagi tadi.


Salinan minit tersebut antara lain mendedahkan, Phee Boon Poh memaklumkan keperluan penyiasatan terperinci untuk mengesahkan dakwaan penduduk sertai Jabatankuasa Kemajuan & Keselamatan Negeri (JKKKN) mengenai kesakitan penduduk adalah berpunca daripada kilang berkenaan.


Minit mesyuarat sama turut mendedahkan, Boon Poh "memohon supaya kilang ini diletakkan di bawah pemutihan bagi memastikan kilang ini menjalankan proses secara mesra alam, dan mematuhi semua keperluan seperti penggunaan alat perlindungan keselamatan memandangkan ia pernah mendapat lesen MPSP dan kedudukannya jauh dari kediaman".


Dalam minit sama, direkodkan bukti Jabatan Alam Sekitar dalam lawatan ke kilang berkenaan mendapati tiada pencemaran kerana terdapat tirai pengadang di bahagian atas yang menghalang daripada asap habuk, tetapi kilang ini tidak mempunyai lesen.


Dlaam perkembangan lain, ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin baru-baru ini dilaporkan memberitahu bahawa  'kilang haram' berkenaan pernah diarahkan membayar denda RM1,000 atas kesalahan tertentu, selepas disaman oleh MPSP sendiri.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus