10 March 2014

Teknik dorongan Nabi di Tadika ABS - Wardiyatul Fathi

WARDIYATUL Fathi Othman (belakang, paling kiri) dan tenaga pendidik lain bergambar kenang-kenangan dalam satu lawatan sambil belajar, sebelum ini.

DEMi anak yang sakit, beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari kerjaya sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta.

Dari situ, beliau mencipta kerjayanya, supaya boleh terus menjaga hal kebajikan anak yang sedang sakit.

Beliau pernah mengambil upah mengajar murid membaca, sehinggalah tertubuhnya pusat jagaan kanak-kanak, taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak pra sekolah (tadika) di Taman Seri Indah, Kepala Batas, yang dikenali sebagai Tadika Intan Gemilang ABS.


WARDIYATUL Fathi Othman
Peribadi yang dimaksudkan, adalah Puan Wardiyatul Fathi Othman, 44

"Semua ini bukan sebab perniagaan. Saya membuka tadika disebabkan desakan hidup. 

"Saya mempunyai seorang anak kecil semasa itu yang sakit, memaksa saya untuk tidka boleh kerja dengan orang.

"Ke mana saya pergi, saya bawa anak saya ini kerana makannya perlu dijaga, ubatnya perlu diberi mengikut masa...akhirnya saya mencipta kerja saya sendiri.

"Dari membuka kelas membaca di rumah, hinggalah berkembang seperti sekarang. Ini semua benar-benar rezeki anak," ujar Wardiyatul Fathi semasa diwawancara oleh fotojurnalis Zainulfaqar Yaacob di sini baru-baru ini.

Wardiyatul Fathi sudah bermastautin di Pulau Pinang selama 16 tahun walaupun ibu cekal itu anak kelahiran Kuala Lumpur. 

Beliau berkata, suaminya banyak menyokong kerjaya, disambil tanggungjawab membesarkan tiga anak lelaki dan dua anak perempuan, berusia antara 21 tahun hingga 11 tahun.

"Nampak macam senang, kerana nak ajar budak kecil sahaja. Tadika ABS (Ainon Bisnes School ) yang diasaskan oleh Puan Ainon Mohd. ini diwujudkan untuk menaik taraf sistem pendidikan pra sekolah.


KEISTIMEWAAN
Beliau memberitahu, kerja mendidik umumnya mulia.

Pun begitu, beberapa insiden seperti penganiayaan anak-anak di tadika atau pusat asuhan belakangan ini mengakibatkan klalayak mempunyai pendapat yang pelbagai terhadap profesyen menguruskan pra sekolah.

Menurut Wardiyatul Fathi, Tadika ABS menawarkan tiga kelainan untuk meningkatkan mutu pelanggan.

Pertama, katanya, "Dorongan Teknik Nabi"

"Dalam tadika kita, kita tak memekikkan anak-anak. Tetapi, kondisi sekolah diwujudkan secara seronok dengan dorongan membuat baik untuk meninggalkan amalan yang kurang baik.

Kedua, katanya lagi, Tadika ABS menawarkan modul A.R.A.F.

"Budaya Melayu antaranya larang pelajar-pelajar dilarang jual beli di sekolah, walaupun kita beri wang saku untuk anak-anak kita membeli makanan dan keperluan lain di sekolah.

"Modul ARAF atau Abdul Rahman bin Auf ini bukan sekadar berkongsi pengalaman jual beli, tetapi, anak-anak di Tadika ABS turut didedahkan budaya keusahawanan supaya mereka tidak menjual sijil mereka (makan gaji), sebaliknya cipta kerjaya sendiri."

Ketiga, katanya lagi, Bahasa Melayu Tinggi (BMT) diamalkan di Tadika ABS supaya anak-anak ini dididik dengan budi yang tinggi sertaakhlak Islamiah.

"Globalisasi menjadikan anak-anak kita lebih cepat mencerap bahasa dan budaya yang kurang sihat, sehingga pergaulan mereka tidak lagi mencerminkan budi yang tinggi.

"Di Tadika ABS ini, kita menerapkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi seperti Tuan Muda Zainulfaqar, bukan Zainulfaqar.

"Bukan bercakap berpatik-patik seperti bahasa Istana, tetapi percakapan yang penuh dengan akhlak dan budi Melayunya," ujar Wardiyatul Fathi.

WARDIYATUL Fathi Othman dirakam saling berinterkasi dengan kanak-kanak di Tadika ABS di sini baru-baru ini.

HARAPAN
Berbekalkan kelainanan ketiga-tiga modul ini, Wardiyatul Fathi melahirkan harapan untuk saling bekerjasama dengan Kerajaan Negeri ini.

"Dalam sasaran ABS antaranya membuka lebih banyak tadika menggunakan ketiga-tiga modul ini, atau mengambil alih pengurusan tadika-tadika yang sedia ada.

"Kerjasama dengan Kerajaan Negeri, khususnya berkaitan pendidikan dan kekeluargaan, mungkin boleh membina jenama modul pendidikan pra sekolah yang baru di negeri ini,"

Untuk itu, katanya, ABS sendiri memperkenalkan budaya kerja tersendiri supaya harapan ini lebih cepat berkembang daripada sasaran masa yang sepatutnya.

Budaya kerja yang dimaksudkan, menurut Wardiyatul Fathi, adalah pematuhan nilai shariah, berlumba-lumba serta bekerja dalam jamaah.

"Berlumba-lumba, ertinya sama-sama dalam meningkatkan mutu pelanggan masing-masing. Bersaing lebih pada mengetepikan rakan yang mempunyai cita-cita yang sama dengan kita."

"Contoh kalau ada tadika ABS baru yang nak dibuka di tempat saya umpamanya, pengusaha tadika baru lebih diutamakan untuk membuka peluang di sini, dengan saham paling tinggi 5 peratus ditawarkan kepada saya untuk kerjasama langsung."

Justeru, Wardiyatul Fathi berharap, kelainan pada modul tadika ABS ini boleh dikongsi dengan pihak berwajib dalam Kerajaan Negeri demi manfaat generasi depan Pulau Pinang. 

Info lanjut, hubungi Wardiyatul Fathi 0194736020 atau intangemilang@gmail.com.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus