21 April 2014

Abadikan nama Karpal di mana-mana perpustakaan negeri, cadang PAS P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT TENGAH - Nama Karpal Singh lebih wajar diabadikan pada mana-mana perpustakaan di negeri ini, sesuai dengan kewibawaan Tiger of Jelutong itu dalam meninggikan maksud perlembagaan negara.

Anggota Dewan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim (gambar: duduk, paling kiri) mencadangkan demikian semasa menyertai rombongan pemimpin partinya ke majlis penghormatan terakhir kepada Karpal di kediaman mendiang dekat Kebun Bungah, kelmarin.

Cadangan itu sebagai respons pada kenyataan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Negeri bercadang mengubah nama satu pesiaran di negeri ini sempena memperingati jasa Karpal, yang juga peguam terkenal berkenaan.

"Perpustakaan peribadi antara tinggalan berharga yang diburu apabila seorang negarawan meninggal dunia.

"Sebab itu, saya cadang nama Karpal diabadikan pada mana-mana perpustakaan supaya koleksi bacaan pemimpin hebat itu yang mungkin masih dalam simpanan keluarga mendiang boleh dinikmati oleh orang ramai nanti," ujar Zolkifly yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang kepada Guan Eng, dipetik wartawan.

Rombongan PAS disertai oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang).

Mereka disantuni oleh Guan Eng dan Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Gelang Patah merangkap Penasihat DAP Kebanggaan).

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid melahirkan rasa kesal kerana Karpal digambarkan sebagai ahli politik anti Islam.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus