05 November 2014

Guan Eng pertikai lagi wibawa MIDA rekod FDI negeri

LIM Guan Eng menunjukkan rekod rasmi MIDA mengenai FDI negeri yang didakwa tidak meliputi kesemua sektor pelaburan di Pulau Pinang, dalam sidang media bersama-sama wartawan di DUN Pulau Pinang di sini baru-baru ini.  | Foto: arkib Buletin Mutiara, 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mempertikai lagi kewibawaan Lembaga Pelaburan Perindusterian Malaysia (MIDA) yang didakwa merekodkan angka pelaburan Pulau Pinang secara tidak tepat mengenai pelaburan asing langsung (FDI) untuk semua sektor, tanpa terlebih dahulu merujuk pada info sahih daripada Kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian sebagai respons pada dalih lanjut Timbalan Ketua Pegawai EksekutifI MIDA, Datuk Phang Ah Tong di portal berita TheMalaysian Insider baru-baru ini.

Ah Tong antara lain dilaporkan menyebut, lembaga Kerajan Pusat itu dalam tempoh Januari hingga Julai lepas direkodkan meluluskan sebanyak 95 projek pelaburan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) bernilai RM4.6 bilion di negeri ini.

"Tanah untuk pemajuan industri hanya boleh disediakan oleh Kerajaan Negeri, tanpa tanah, bagaimana pelabur boleh melabur di Pulau Pinang."

"Maka, tanah adalah disediakan oleh Kerajaan Negeri sahaja, dan Kerajaan Pusat langsung tiada tanah (untuk tujuan) perindustrian di Pulau Pinang."

"Sepatutnya MIDA rujuk kita terlebih dahulu...tanpa merujuk pada kita, bagaimana dia boleh tahu angka pelaburan sebenar (di Pulau Pinang untuk semua sektor)," ujar Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Guan Eng merasmikan Pameran Solo Yang Berbahagia Datuk Abdul Rahman Rahim, bertemakan ‘Journey of a Travel Painter: Landscape Inspiration’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Terdahulu, Guan Eng mempertikai wibawa MIDA kerana lembaga Kerajaan Pusat berkenaan hanya merekodkan pelaburan asing langsung (FDI) ke Pulau Pinang untuk sektor E&E sahaja yang berjumlah berjumlah RM2.34 bilion, bukannya semua sektor.

MIDA turut dipertikai kerana agensi Kerajaan Pusat tersebut dalam tempoh Januari hingga September tahun ini direkodkan merujuk dua pelabur asing baharu sahaja kepada InvestPenang di bawah Kerajaan Negeri.

Sedangkan, kata Guan Eng, InvestPenang dalam tempoh sama direkodkan merujuk 13 pelabur asing baharu ke Pulau Pinang dengan agensi pusat berkenaan.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menegaskan bahawa, seberapa banyak pun FDI ke negeri ini, akhirnya turut memberi manfaat kepada FDI negara.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus