08 July 2014

Sasar 1,500 Larian Menara MPSP 24 Ogos, termasuk pelari a’bangsa

(Dari kiri) Ketua Jabatan Lanskap MPSP, Shaqhrony Md. Yusoff @ Jamaluddin, Rezal Huzairi Md. Zaki, Rozali Mohamud, Maimunah Mohd. Sharif, Tan Cheong Eng dan wakil penganjur La Vintage Event pada sidang media mempromosi acara Larian Menara MPSP 2014 di sini baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Larian Menara MPSP 2014 sejauh 7 kilometer serta memanjat 412 anak tangga di sini yang dilangsungkan pada 24 Ogos depan seawal 5.30 pagi mensasarkan 1,500 penyertaan, termasuk pelari antarabangsa.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, RM5,400 wang tunai ditawarkan untuk kesemua enam kategori yang dipertandingkan, iaitu kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan, terbuka lelaki, terbuka wanita, veteran lelaki dan veteran perempuan.

“Kita berjaya (menerima penyertaan) 738 pelari pada tahun lepas. Kejohanan pada tahun ini akan dibuka kepada pelari antarabangsa juga supaya penganjuran acara tahunan kita (MPSP) ini pada suatu hari nanti akan menjadi program peringkat antarabangsa," ujar Maimunah kepada wartawan di Ibupejabat MPSP Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud serta tiga Ahli Majlis bagi MPSP, Tan Cheong Eng, Rezal Huzairi Md. Zaki dan Ahmad Kaswan Kassim turut menyertai sidang media itu.

Yuran penyertaan untuk semua kategori adalah antara RM15 hingga RM25, dengan kadar percuma khusus untuk wartawan.

Menurut Maimunah, La Vintage Event Sdn. Bhd. sekalu wakil penganjur akan membuat jelajah pendaftaran khas dekat sebelah pulau, iaitu di Lebuh Arminean dan Lebuh Pantai, sebagaimana jadual yang dipaparkan dalam laman facebook Penang MPSP Tower Run.

Tarikh tutup pendaftaran pada 3 Ogos, sebelum jam 12.00 tengah hari.

Semua peserta boleh mengambil baju larian pada 16 dan 17 Ogos di lobi Kompleks Ibupejabat MPSP di sini mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Info lanjut, hubungi penganjur di talian 01110708938 atau 0124401398.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus