Tujuan Buletin TV3 melaporkan mengenai polemik penghijrahan Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) malam ini supaya kita lupa bahawa sepatutnya tol di lebuh raya itu wajib dimansuhkan sekarang.
Dulu, tol dikenakan ke atas pengguna PLUS atas dalih kos pembinaan lebuh raya itu berjumlah RM5.9 bilion.
Namun, direkodkan syarikat konsesi kroni telah berjaya mengutip tol sebanyak RM18.3 bilion pada tarikh 31 Disember 2010.
Terlalu lama sangat rakyat terbiasa bayar tol apabila menggunakan PLUS, sampai kita telah lupa sebab-musabab hakiki kita membayar tol.
Kita membayar tol untuk membayar balik kos projek PLUS RM5.9 bilion itu, atau tanpa sebab-musabab lain yang tidak jelas kedudukannya?
Kalau kita belum tahu, dianggarkan, syarikat kroni mengaut untung kira-kira 52 sen bagi setiap ringgit yang diperas daripada poket rakyat kini.
Menjelang pilihan raya umum lepas, semua kebenaran ini pernah meledak politik tanah air, apabila Pakatan Rakyat mencadangkan untuk menstruktur semula perjanjian konsesi semua lebuh raya di negara ini.
Situasi itu sampai mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Putrajaya memang tidak berhasrat menaikkan kadar tol, dipercayai atas sebab musim pilihan raya umum.
Pun begitu, Putrajaya mengumumkan bahawa kadar tol akan dinaikkan 5 peratus setiap tiga tahun, bermula pada tahun 2016 nanti.
Sekarang, polemik penghijrahan tol digembar-gemburkan pula, nyata bertujuan untuk mengolah persetujuan terdahulu sahaja.
Dalam perjanjian konsesi yang akan dimeterai nanti, pastinya akan ada syarikat kroni baru mengambil alih peranan mengutip tol ke atas pengguna PLUS dalam satu tempoh lain pula.
Ertinya, kita akan terus membayar tol kepada syarikat kroni yang baru, walhal, sepatutnya penggunaan lebuh raya itu wajib percuma sekarang.
Setuju?
Zainulfaqar Yaacob
Jurucakap
Badan Bertindak Hapusk Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (HAPUS)
merangkap
Fotojurnalis Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment