16 April 2014

Ke Malaysia 10 Mei dedah pengalaman sebagai mangsa perang Israel

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

JELUTONG - Dua warga Palestin yang kudung kaki akibat mangsa peperangan dengan
Israel beberapa tahun lepas dijadual akan berkunjung ke tanah air ini untuk ekspedisi dakwah kemanusiaan global.

Koordinator NGO PERMAS, Ramlah Asiah Bee hari ini memberitahu, Feddy Abu Olba, 29, dan abangnya, Abu Olba, 47, dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10 Mei depan.

"Sedih apabila mendengar mangsa kata 'biarlah saya mengadap Allah sebegini', saya sedih.

"Kita akan terus mencari sumbangan untuk biaya sumbangan untuk dapatkan kaki palsu dan rawat sebelah matanya," ujar Ramlah di sini.

Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim dan pemimpin PAS Kawasan Bukit Jelutong turut hadir pada pertemuan ini.

Info lanjut, hubungi Ramlah di talian, 0164222142.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus