03 September 2014

Operasi CCTV di Sbrg. Perai 24 jam - Guan Eng

LIM Guan Eng (paling kanan) diberi penjelasan oleh Rozali Mohamud (dua paling kanan) di sini baru-baru ini.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - 86 kamera televisyen tertutup (CCTV) siap dipasang di beberapa lokasi strategik sekitar Seberang Perai serta beroperasi 24 jam demi meningkatkan mutu keselamatan rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telahpun menambah bilangan pegawai operasi di bilik pemantauan CCTV, sebagai usaha membantu polis mengawasi jenayah.

"(Pemantauan CCTV) 24 jam MPSP dengan sokongan polis di Seberang Perai sahaja.

"(Ini kerana,) tak cukup Pulau Pinang dilihat selamat, tetapi, yang lebih penting tiap-tiap kita (rakyat) benar-benar berasa selamat," ujar Guan Eng pada majlis perasmian operasi di bilik kawalan CCTV dekat Kompleks Ibupejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Hampir semua Exco Kerajaan Negeri dan wakil Ketua Polis Negeri, Datuk Wira Abd. Rahim Hanafi, serta Sr. Rozali Mohamud  turut menyertai majlis tersebut.

Difahamkan, MPSP memasang 56 kamera CCTV untuk tempoh lima tahun, menelan belanja RM9.8 juga.

Baki, 30 kamera CCTV lagi disumbangkan oleh pembekal, syarikat swasta.

"37 (kamera CCTV) dipasang di Daerah Seberang Perai Tengah, 46 di Seberang Perai Tengah dan 27 Seberang Perai Selatan," jelas Guan Eng.

Itu, katanya, tidak termasuk 24 kamera CCTV yang dipasang oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak tahun 2011, menjadi jumlah keseluruhan sebanyak 110 buah.

"Saya difahamkan bahawa KPKT akan menyumbangkan 20 buah CCTV kepada majlis (MPSP) pada hujung tahun ini," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Menurut Guan Eng, kerjasama bersepadu dengan polis, pemajuan sistem teknologi cegah jenayah seperti CCTV dan lampu jalan, serta mewujudkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) merupakan tiga kaedah yang diamalkan Kerajaan Negeri demi mewujudkan perasan selamat dalam kalangan rakyat di negeri ini.

"Tiga (kaedah) ini adalah pendekatan Kerajaan Negeri untuk memastikan Pulau Pinang selamat, seperti tubuhkan PPS untuk membantu polis kerana KPN (Abd. Rahim) selalu sebut, 'yang paling berkesan untuk mencegah jenayah adalah kepolisan masyarakat'," ujar Guan Eng.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus