03 September 2014

Innoplex, 3T mampu penuhi minat pelabur – Guan Eng

(Dari kiri) LEE Kah Choon, Wong Hon Wai, Chong Eng, Lim Guan Eng, Phee Boon Poh dan Rosli Jaafar mempamerkan pelan holistik pemajuan semula Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, pada sidang media di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pemajuan terbaru bangunan kompleks berinovasi atau innoplex oleh Perbadanan Pembanguan Pulau Pinang (PDC) yang bernilai RM62 juta di Zon Perindustrian Bebas  Bayan Lepas dekat kawasan Parlimen Bayan Baru disasar siap pada Jun tahun ini.

Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng memberitahu, penempatan serta operasi tunggal bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Motorola Solution di bangunan innoplex itu diharap menggamit minat lebih ramai pelabur industri berprestasi tinggi ke negeri ini.

“Untuk mewujudkan pembangunan kreativiti dengan lebih pantas, kita (Kerajaan Negeri) memerlukan ‘3T’, Telent (bakat), Technology dan Tolerence (iaitu) toleransi dengan idea baru dan sikap keterbukaan Kerajaan Negeri dengan keperluan pelaburan hari ini.

“Sasaran projek pemulihan dan peremajaan ini juga adalah untuk menaik taraf taman perindustrian dan perniagaan (Zon Perindustrian Bebas dekat Bayan Lepas) supaya mencipta lebih banyak (peluang) pelaburan dan pekerjaan berprestasi tinggi,” ujar Guan Eng kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Wong Hon Wai (Ahli Dewan Undangan Negeri Air Itam merangkap Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri) turut hadir pada sidang media itu.

Hadir sama, Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar dan Datuk Lee Kah Choon (Penasihat Khas bagi Ketua Menteri merangkap pemangku Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang).

Difahamkan, pemajuan fasa 4 yang membabitkan projek innoplex tersebut terdiri oleh bangunan tujuh tingkat di atas tanah berkeluasan 8.3 ekar, lengkap dengan 1,200 tapak parkir.

Pamajuan innoplex ini bertujuan untuk menyatukan operasi dua tapak yang diduduki oleh Motorola sebelum ini, selain, meningkatkan kecekapan yang diperlukan oleh industri antarabangsa tersebut.

Dalam satu perjanjian, PDC bersetuju memberi pajakan tunggal bangunan innoplex tersebut kepada Motorola dalam tempoh 10 tahun, dengan sewaan bulanan RM2.15 sekaki persegi  untuk keseluruhan 1193,795 kaki persegi, serta kenaikkan sewaan 3 peratus tiap-tiap tahun.

Rosli dalam kenyataannya berkata, kos pemajuan tersebut mampu diperoleh semula dalam tempoh pajakan 10 tahun tersebut.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng berkata, beberapa kawasan lain seperti fasa 2 Mayang Mall dan fasa 2 Pusat Pembangunan Kemahiran Osram turut akan dipulih serta diremajakan demi menjadikan kawasan Bayan Baru sebagai bandar perindustrian bersepadu untuk pelaburan strategik serta kreatif.

Itu, katanya, tidak termasuk pemajuan Hab Teknologi Maklumat Penyumberan Luar Proses Perniagaan (IT-BPO) dekat Bayan Lepas dan Penang International Technology Park (PITP) dekat Batu Kawan, yang kedua-duanya bernilai RM11.3 bilion.

Sehingga kini, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas yang dimajukan sejak 40 tahun lepas berjaya menarik pelabur dan pemilik industri bertaraf dunia, seperti AMD, Hewlett Packard (kini dikenali Agilent), Intel, Osram, Robert Bosch, Clarion dan B Braun.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus