18 August 2014

Larang upah buruh asing jadi tukang masak utama – Guan Eng

Gambar hiasan.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri mempertimbang larangan penjaja tempatan berlesen menggunakan buruh asing sebagai tukang masak utama antara lain demi memelihara serta memulihara keaslian makanan warisan di negeri ini.

Justeru, Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melaksanakan kaji selidik khidmat pelanggan berhubung syor ini.

"Kami sedang menimbangkan untuk membatalkan lesen penjaja jika didapati mengupah pekerja asing untuk menjadi tukang masak utama mereka tetapi kami perlu dapatkan maklum balas orang ramai sebelum melaksanakannya," jelasnya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Guan Eng menjelaskan, kaji selidik yang dijalankan oleh MPPP baru-baru ini mendapati lebih 119 buruh asing diambil bekerja sebagai tukang masak utama di 68 pusat penjaja makanan di negeri ini.

Menurut beliau, kebanyakan dari 68 gerai makan yang dikenalikan oleh tukang masak buruh asing di sekitar Bayan Baru, Relau, Jelutong dan Tanjong Tokong.

Tambah Guan Eng, buruh asing sepatutnya hanya dibenarkan bekerja sebagai pembantu atau pelayan di pusat jaja makanan di negeri ini.

"Kami akan mengambil kira keperluan orang ramai sebelum melaksanakan larangan itu.

"Ia tidak menepati tujuan meluluskan lesen penjaja kepada penduduk tempatan jika penjaja mengupah pekerja asing sebagai tukang masak utama mereka,” ujar Guan Eng.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus