Skip to main content

'Melayu DAP' mampu selamatkan PR tubuh Kerajaan P.Pinang :KMPP

DAP Pulau Pinang perlukan Melayu yang vokal lagi berkaliber untuk bertanding atas mana-mana 19 kerusi tradisinya sekiranya tidak mahu hilang Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak berkata, Umno sedang berusaha untuk memastikan tiada satu pun calon Melayu Pakatan Rakyat menang di kerusi DUN demi menghalang DAP menubuhkan sekali lagi kerajaan negeri kelak.

"Ini senjata sulit Umno, iaitu pastikan tiada satu pun (calon Pakatan Rakyat) Melayu memang, termasuk di Penanti, Permatang Pasir, Sungai Bakap dan Batu Maung..

"DAP sukar tubuh semula Kerajaan Negeri kalau kesemua (19 calon) Adun yang menang bukan Melayu, melainkan kalau satu atau dua Melayu menang atas tiket DAP," ujar Rahmad di Komtar, George Town petang tadi.

Kerusi Adun Penanti, Permatang Pasir, Sungai Bakap dan Batu Maung masing-masing disandang olah Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I), Datuk Mohd. Salleh Man (Yang Dipertua MAINPP), Maktar Shafee dan Datuk Abdul Malim Abul Kassim (Exco Hak Ehwal Agama) selepas PRU12 lepas.