ANWAR Ibrahim (kiri) dan Najib Razak di cafe Parlimen. |
AKU JANJi yang dibentangkan oleh pemangku perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin dianggap manifesto Barisan Nasional yang tiada roh politik.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disebut-sebut sebagai 'perdana menteri dalam penantian' bagaimanapun berkata, tindakan Najib menciplak beberapa inti manifesto Pakatan Rakyat yang sebelum ini digambarkan bakal mengbankrapkan negara.
"Setinggi-tinggi penghargaan kepada Najib Razak dan Barisan Nasional yang nampaknya banyak bersetuju dengan langkah dan cadangan Pakatan Rakyat mutakhir ini, sehinggakan tema Manifesto Barisan Nasional (“Membawa Harapan”) pun menyadur tema Pakatan Harapan Rakyat yang digunakan oleh Pakatan Rakyat.
Yang paling ketara adalah Manifesto Barisan Nasional tidak mempunyai roh reformasi yang amat diperlukan untuk merubah sistem yang bobrok dan penuh kepincangan, seperti yang diharapkan oleh rakyat," ujar Anwar hari ini di Kuala Lumpur.
Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, Najib seharusnya bersaing secara idea serta dasar dengannya, termasuk bersetuju untuk berdebat secara terbuka demi memberi laluan kepada rakyat untuk membuat pilihan sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Menyentuh mengenai Aku Janji Najib memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM1,200 secara berperingkat, Anwar berkata, langkah Najib itu lapuk kerana dianggap cuba membeli jiwa rakyat.
"Direct transfer payments seperti BR1M, Baucar Buku 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional jelas merupakan langkah dasar ekonomi jangka pendek untuk meraih undi tanpa cadangan ampuh untuk menyelesaikan permasalahan sosio-ekonomi asas rakyat," tegas beliau.
Untuk jangka masa panjang, Anwar berkata, manifesto Barisan Nasional bakal mengakibatkan pelbagai kesan sampingan seperti monopoli yang menyebabkan herotan pasaran dan kenaikan harga; ketirisan, pembaziran dan amalan korup dalam pentadbiran kewangan kerajaan hingga mengakibatkan diskriminasi sosial rakyat.
Tuntas itu, Anwar berharap rakyat menilai beberapa kritikan membina di sebalik Aku Janji Najib yang didakwa menciplak manifesto Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment