08 April 2013

KMPP: Jangan PRU13 semarak nostalgia 13 Mei

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) berharap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijangka Mei depan tidak menyemarak nostalgia sandiwara berdarah 13 Mei 1969.

Pengerusinya, Rahmad Isahak berkata, pihaknya berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat menetapkan tarikh penamaan calon serta tarikh membuang undi lebih awal, iaitu pada hujung bulan ini.

"Sebarang percubaan bagi menakut-nakutkan pengundi dari sudut keselamtan dan ketenteraman awam tidak digalakkan.

"SPR masih mempunyai masa yang munasabah bagi melunaskan tanggungjawap mereka dan seterusnya melaksanakan perhitungan bagi mendapatkan mandat baru dari rakyat dalam bulan April ini," ujar Rahmad menerusi emel kelmarin.

Dijangka, tarikh penamaan calon pada 27 April jika SPR bermesyuarat pada Rabu ini.

Ini kerana, writ pilihan raya dibenarkan keluar selepas 14 hari dari tarikh SPR bermesyuarat.

Jika peraturan pilihan raya itu diambil kira, hari buang undi dijangka pada 11 Mei depan.

Ini mengulangi tarikh buang undi bagi Pilihan Raya Umum 1969 yang turut berlangsung pada 11 Mei.

Perikatan yang kini dikenali sebagai Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 1969  gagal mendapat majoriti dua pertiga kerusi Parlimen.

Umno, MCA dan MIC hanya memperoleh 66 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum tersebut berbanding 89 kerusi dalam Pilihan Raya Umum 1964.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala, PAS menang 12 kerusi semasa pilihan raya 1969.

Ekoran itu, pembangkang bukan Melayu mengadakan perarakan aman merai kemenangan di Kuala Lumpur pada 12 Mei 1969 dengan permit polis, tetapi, menerima provokasi sekumpulan demontran Melayu yang didalangi oleh beberapa pemimpin Umno.

Beberapa pemimpin Umno semasa itu berjaya menggambarkan perarakan aman yang turut disertai oleh pemimpin bukan Melayu daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) serta Gerakan (kini sertai Barisan Nasional) sebagai mempertikai hak keistimewaan Melayu, Raja-Raja, bahasa Melayu serta agama Islam hingga mencetus huru-hara perkauman pada 13 Mei 1969.

Mampukah nostalgia 13 Mei 1969 berulang dalam PRU13 ekoran 'Sandiwara berdarah' Lahad Datu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus