22 September 2014

Diskaun sewa dulu punca kiraan salah melebihi 100 peratus - YDP MPSP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membuat penyelarasan semula gara-gara kadar baru di sembilan sewa gerai dan lima kompleks makanan diadu mengalami kenaikan  melebihi 100 peratus.

Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Shariff menjelaskan kesemua sembilan pasar awam terbabit sejak era Kerajaan Negeri lalu pada tahun 2008 telahpun diberi diskaun, serta kadar sewa di bawah garis bayaran standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

"RM65 sepatutnya kadar lama standard untuk gerai jenis sayur, tetap, gerai jenis sama di Pasar Awam Tasek Gelugor umpamanya sejak dulu lagi menikmati diskaun RM52 sebulan.

"Kita telah menetapkan kenaikan berdasarkan kadar sewa lama, iaitu, RM104 sebulan jika dahulu mereka menyewa RM52 (sebulan) supaya kenaikan tiga lagi baik melebihi 100 peratus seperti dipertikai sebelum ini," ujar Maimunah kepada wartawan di Kompleks Ibupejabat MPSP, Bandar Perda di baru-baru ini.

Menurut beliau, gerai terbabit adalah Kompleks Penjaja Pasar Awam Chai Leng Park, Pasar Awam Seberang Jaya, Gerai Khinzir Pekan Kepala Batas, Pasar Awam Taman Berjaya, Pasar Awam Sungai Dua, Pasar Awam Tasik Gelugor, Pasar Awam Sri Penanti, Pasar Awam Sungai Bakap, Pasar Awam Berapit, Kompleks Makanan Lebih Kurau 5, Kompleks Makanan Sungai Puyu, Kompleks Makanan Teluk Air Tawar Indah, Kompleks Makanan PPS Jalan Perusahaan 8A dan Kompleks Makanan PPS Jalan Perusahaan 8B.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamod dan tiga Ahli Majlis, Tan Cheong Eng, Rizal Huzairi Md. Zaki dan Ahmad Kaswan Kassim.

Tambah beliau, penyewa gerai dialu-alukan membuat aduan di Jabatan Pelesenan MPSP sekiranya masih terdapat kenaikan melebihi peratusan yang diluluskan, iaitu 100 peratus bagi kelas 1, 60 peratus bagi kelas 2, 40 peratus bagi kelas tiga dan 20 peratus bagi kelas 4.

"Empat kategori atau kelas ini berdasarkan perniagaan yang diamalkan, serta lokasi dinilai secara munasabah," jelas Maimunah lagi.

Sebelum itu, Pengarah Jabatan Pelesenan, Mohd. Ibrahim Md. Nor menjelaskan, jumlah kutipan sewa untuk kesemua 65 kompleks makanan dan 29 pasar awam di Seberang Perai pada tahun 2013 berjumlah RM3,498,684, manakala, RM4,418,502 pula adalah kos perbelanjaan.

"Kenaikan ini tidak dapat dielakkan lagi apabila MPSP dikenal pasti menanggung kurangan kewangan kira-kira RM919,818 pada tahun lepas, apabila kos penyelenggaraan jelas melebihi jumlah kutipan kita (di Jabatan Pelesenan)," jelas Mohd. Ibrahim.

MPSP direkodkan melakukan semakan kadar sewaan serta dinaikkan dua kali sebelum ini, iaitu pada 10 Januari 1967 dan  1 Januari 1992.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus