22 September 2014

Youth Exchange Program cipta sejarah MPSP, Gwangju Metropolitan City

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan program secara bersama dengan deligasi antarabangsa dari Gwangju Metropolitan City, Republik Korea di sini baru-baru ini.

Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Shariff berkata, beliau berharap Youth Exchange Program terus mengerat lagi hubungan persahabatan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) di kedua-dua bandar, Seberang Perai dan Gwangju pada masa depan.

"Program persahabatan ini juga sebenarnya membuka peluang kepada semua deligasi dari Gwangju Metropolitan City, Republik Korea untuk menimba pengalaman serta mengenali dengan lebih dekat MPSP sebagai PBT, kebudayaan Malaysia (serta) cara hidup komuniti tempatan.

"Kalau ada peluang dan sumber, mungkin selepas ini pelajar dan delegasi kita pula ke Gwangju," ujar Maimunah pada majlis penutupan Youth Exchange Program di Auditorium Kompleks Ibupejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Ketua Deligasi merangkap Pegawai Polisi Wanita, Belia dan Masyarakat bagi Gwangju Metropolitan City, Kang YoungSook dan Dr. Gang ByoungYeon (Pengarah Eksekutif Pusat Hak Asasi Belia Korea) turut berucap pada majlis terbit.

Pengarah Urusan Pusat Hak Asasi Belia Korea, HwangSuju dan PaekAekYoung (penterjemah), serta hadir 30 mahasiswa Korea turut hadir pada majlis itu.

Hadir sama, Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamod, Pengetua Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMS TSSS) Jamaluddin Yaakob dan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) True Light, serta pelajar masing-masing.

Difahamkan, semua dilegasi program tersebut dirai bermalam di asrama SMS TSSS dalam tempoh tiga hari.

Sepanjang waktu itu, delegasi didedahkan mengenai amalan hijau hingga melayakkan SMS TSSS selama dua tahun berturut-turut menjuarai Program Sekolah Hijau, anjuran MPSP sendiri.

Deligasi turut diraikan dalam satu aktiviti pertandingan Fesyen Hijau, anjuran Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) True Light.

"MPSP sendiri turut mempromosi konsep 4R, iaitu amalan Rethink, Reduce, Reuse dan Recycle di sekolah-sekolah sekitar Seberang Perai serta aktiviti-aktiviti kehijauan yang giat kita anjurkan bersama-sama badan korporat, komuniti dan pelanggan kita," ujar Maimunah.

Tidak cukup dengan itu, katanya, delegasi turut dibawa melawat kawasan-kawasan menarik sekitar Seberang Perai serta George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Justeru, tambah Maimunah, majlis Youth Exchange Program bolehlah dianggap sebagai 'majlis balas' kunjungan beliau ke beberapa program rasmi di Gwangju, sejak tahun 2011.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus