06 January 2014

Guan Eng: Beranikah SPRM siasat T'ganu beli Merc tanpa diskaun 55 peratus? via PenangInsight.com


 PenangInsight.com  | Sampai sekarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat pembelian 14 kereta Mercedes-Benz E200 oleh Kerajaan Umno Barisan Nasional Terengganu pada tahun 2008 walaupun Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng (gambar) pernah mempertikaikan kontroversi itu.

Justeru, Guan Eng sekali lagi mencuit kewibawaan suruhanjaya itu kononnya mahu menyiasat kontroversi Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mokhtar Jait membeli Mercedes-Benz S300L dengan diskaun kira-kira 55 peratus untuk kegunaan rasmi Ketua Menteri.

"Hanya di Malaysia akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membeli kereta dengan diskaun 55 peratus dan menjimatkan wang rakyat.

"Tetapi, SPRM jelas tidak berminat untuk menjalankan sebarang siasatan apabila ada pembelian melebihi harga pasaran dan membazirkan wang rakyat," ujar Guan Eng di Komtar, George Town pada Sabtu lepas.

Penjelasan itu sekaligus menolak laporan tidak menyeluruh di sesawang Fz.com.

Dapatkan kenyataan penuh Setiausaha Agung DAP Kebangsaan itu di laman facebook Lim Guan Eng

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus