31 December 2013

Mercedes-Benz S300L KM murah daripada harga pasaran, kata Pegawai Kewangan

MOKHTAR Jait (dua dari kiri) menjelaskan mengenai status pembelian kereta Mercedes-Benz S300L dalam satu sidang media bersama-sama Lim Guan Eng (tiga dari kiri), Abdul Malik Abul Kassim (kiri sekali) dan Chow Kon Yeow (kanan sekali) di Hotel E&O George Town pada tengah hari tadi.

PEGAWAI Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mokhtar Jait tengah hari tadi menjelaskan, pembelian kereta Mercedes-Benz S300L kerana kereta untuk kegunaan rasmi Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng itu ditawarkan pada harga serendah RM298,263.75 berbanding dengan harga asal RM657,218.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri sebelum ini enggan membeli 15 kereta Mercedes-Benz untuk kegunaan Ketua Menteri dan Exco kerana pembayaran cukai semua kenderaan tersebut melebihi kos kereta serta terlalu mahal.

"(Tawaran harga) ia dianggap berbaloi...harga ini adalah dikecualikan dari cukai dan juga diberi diskaun khas RM100,000.

"Sebelum ini, Ketua Menteri dan ahli Exco telah memilih untuk membeli 15 buah kereta Toyota Cambry 2.5 yang tidak dikenakan cukai," ujar Mokhtar dalam satu sidang media bersama-sama Guan Eng di Hotel E&O George Town.

Beliau turut mendedahkan dokumen sebut harga yang ditawarkan oleh syarikat pembekal Mercedes-Benz, iaitu Lowe Motors Sdn. Bhd. 

Berdasarkan dokumen tersebut, difahamkan, harga asal Mercedes-Benz S300L adalah RM657,218.

Pembekal menawarkan potongan harga RM100,000 serta pengecualian cukai dan duti yang berjumlah RM397,953.75. 

Ditolak bersama bayaran tempahan berjumlah RM310, harga yang ditawarkan oleh pembekal kepada Kerajaan Negeri adalah RM298,263.75.

Justeru, Mokhtar berkata, pembelian Mercedes-Benz S300L itu adalah berbaloi untuk kegunaan Guan Eng.

Ini kerana, katanya, kelayakan seorang Ketua Menteri memang berhak menggunakan dua buah kereta jenis Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300, namun, Guan Eng menggunakan satu kereta sahaja.

Tambah Mokhtar, Mesyuarat Exco pada 20 November lepas secara sebulat suara untuk membeli Mercedes-Benz S300L kerana Kerajaan Negeri diberi jaminan untuk tidak membeli serta boleh dikembalikan kepada pembekal sekirannya pengecualian cukai tidak diperolehi.

"Diskaun ini kerana ditawarkan oleh Mercedes-Benz sendiri...pembekal kereta Mercedes memberi jaminan," ujar Mokhtar lagi.

Katanya lagi, mesyuarat Exco turut memutuskan bahawa kereta Cambry 2.5 yang digunakan oleh Guan Eng sebelum ini akan diserahkan kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Maktar Shapee.

Bercakap pada sidang media sama, Guan Eng berkata, beliau tidak membeli Mercedes-Benz S300L itu, sebaliknya, urusan membeli kereta tersebut dilakukan oleh Mokhtar selepas diputuskan dalam satu mesyuarat Exco secara sebulat suara.

"Saya fikir Datuk Mokhtar Jait telahpun memberikan penjelasan serta alasan kereta ini dibeli (iaitu) kerana harga yang ditawarkan lebih murah.

"Biarlah rakyat memberikan pendapat mereka, sama ada bersetuju atau sebaliknya," ujar Guan Eng.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yoew, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan Ng Wei Aik (Ahli Parlimen Tanjung merangkap Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri) turut hadir pada sidang media tersebut.



No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus