Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG
JAYA - Tabung
Usahawan Tani Muda baru dilancarkan serentak dengan majlis perasmian pembukaan
Agrofest Pulau Pinang 2014, yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Negeri, Tuan
Yang Terutama (TYT) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Hajah
Majimor Shariff.
Exco Pertanian Industri Asas Tani,
Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin dalam ucapannya berharap, skim
mikrokredit yang menawarkan pinjaman maksimum hingga RM5,000 tersebut dapat
memberi manfaat kepada kaum tani, peladang, penternak dan nelayan.
“Kerajaan Negeri percaya program ini
(Tabung Usahawan Tani Muda) dapat memberi galakan kepada para pengusaha,
terutamanya golongan muda untuk meningkatkan pendapat mereka,” ujar Dr. Afif
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya di Tapak Ekspo
Seberang Jaya di sini baru-baru ini.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd.
Rashid Hasnon turut berucap pada majlis tersebut, mewakili Ketua Menteri, YAB
Tuan Lim Guan Eng.
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan isteri, Datuk
Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan isteri, serta Datuk Abu Jamal
Nordin (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengarah Unit Perancangan
Ekonomi Negeri, UPEN) dan isteri turut hadir pada majlis tersebut.
Agrofest dulu dikenali sebagai Hari Peladang, Penternak, Nelayan dan Karnival Koperasi, yang dianjurkan tiap-tiap tahun oleh Kerajaan Negeri.
Manakala, Tabung Usahawan Tani Muda yang baru dilancarkan ini selepas Kerajaan Negeri memperkenalkan Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) beberapa tahun lepas.
Dr. Afif berkata, ekspo kali ini
istimewa kerana turut disertai oleh syarikat besar dalam sektor penternakan dan
akuakultur, iaitu Syarikat CAB Cakaran dan GST Group serta PENKUA.
Beliau turut merakamkan penghargaan
kepada Syarikat Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), Kelantan
Bioteknologi Sdn. Bhd. Dan Syarikat Pengurusan Pupuk Murni Sdn. Bhd. kerana
turut menyertai pameran jualan selama empat hari di sini.
Direkodkan, jumlah pengeluaran tahunan
2013 bagi produk pertanian seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman
ladang dan rempah ratus sebanyak 1,829,077 tan, dengan nilai pengeluaran
menghampiri RM673,182,241.
Dr. Afif menjelaskan, pendaratan ikan
turut meningkat sebanyak 58,200.71 tan pada tahun lepas, berbanding 52,485.41
tan pada tahun sebelumnya.
“Matlamat untuk mencapai food security bagi negeri Pulau Pinang
bukanlah sesuatu yang mustahil.
“Atas kesedaran ini, Kerajaan Negeri
telah memulakan beberapa insiatif projek melibatkan sektor pertanian seperti
Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Juru, dan Zon Industri Akuakultur di Penaga,”
ujar Dr. Afif.
Tambah beliau, pihaknya turut
merancangan memajukan satu lagi projek untuk tujuan penternakan dan
agropelancongan di atas sebidang tanah milik Kerajaan Negeri dekat Ara Kuda.
Sementara itu, Tan Hock Hoe (kanan), 36 yang ditemui
kemudian melahirkan penghargaan kerana dipilih memenangi anugerah kategori Penanam
Buah Jaya.
“Ini kali pertama saya menang, harap
Buah Durian Balik Pulau dari Sungai Pinang terus menarik minat pelancong ke
negeri ini.
Nada sama turut dikongsi oleh Mohamad Rezwan
Mazlan (kiri), 32, yang memenangi anugera kategori Ruminan Besar (ternak lembu).
“Alhamdulillah, saya terpilih kali ini.
Sekarang ada lebih kurang 150 ekor lembu, mungkin saya pun akan pertimbang
untuk mohon skim mikrokredit ini (Tabung Usahawan Tani Muda) sebab saya tidak
pernah mendapat mana-mana skim bantuan pinjaman,” ujar beliau, yang mengurus
kandang lembu dekat Lorong Kulit berhampiran Stadium Bandaraya, George Town.
Rahemy Addul Rahim (kanan), 35, yang memenangi
anugerah kategori Usahawan Tani Muda turut menyambut baik inisiatif Kerajaan
Negeri memperkenalkan Tabung Usahawan Tani Muda.
“Saya pun ada cadangan juga untuk
memohon skim ini. Anugerah ini memanglah memberi galakan kepada kami untuk
memajukan bidang pertanian ini untuk keluarga kami,” ujar beliau.
No comments:
Post a Comment