18 June 2014

ZPP sasar RM4.3 juta kutipan, zakat fitrah RM7 seorang - Mohd. Salleh

MOHD. Salleh Man (dua dari kiri) saling meramahi para amil yang baru diberi tauliah pada majlis di sini, pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BERTAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) mensasarkan kutipan berwajib bagi tahun ini adalah sebanyak RM4.3 juta daripada kira-kira 580,000 umat Islam di negeri ini, dengan kadar fitrah RM7 seorang.

Atas maksud itu, Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohd. Salleh Man memberitahu, ZPP memberi tauliah kepada seramai 1,688 amil untuk memungut zakat fikrah bermula bulan Ramadan tahun ini.

"Kiraan sebenar RM6.76, dikenakan fitrah RM7 dengan alasan dilebihkan sedikit dari kadar asal berdasarkan bab 'ihtiat' (lebih selamat)," ujar Mohd. Salleh, yang juga Ahli Lembaga Pengarah ZPP di sini pada pagi.

Tambah Mohd. Salleh, seramai 9,156 orang layak menerima sumbangan hari raya nanti, iaitu 740 di bawah asnaf fakir dan 8,416 di bawah asnaf miskin.

Bercakap pada sidang media sama, Pengurus Besar ZPP, Dr. Azman Abdul Somat memberitahu, pihaknya mensasarkan kutipan RM90.5 juta, meliputi zakat fitrah dan zakat perniagaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Salleh berkata, seramai 60 lagi penerima dikenal pasti layak menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, hasil penganjuran Program Jejak Asnaf oleh ZPP di 22 qaryah baru-baru ini.

Sebanyak RM80.07 juta berjaya dikutip oleh ZPP pada tahun lepas, RM4.2 juta adalah jumlah kutipan zakat fitrah.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus