18 June 2014

Tiga kes mati akibat denggi sejak awal tahun ini – Dr. Afif Bahardin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

GEORGE TOWNExco Pertanian Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin meminta seluruh warga Pulau Pinang supaya terus mengambil langkah pencegahan wabak denggi, memandangkan tiga kematian telahpun direkodkan pada tahun ini, berbanding satu kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.

“Saya ingin mengingatkan masyarakat supaya terus mengambil langkah pencegahan seperti,” kata Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya dalam kenyataannya di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, 835 kes denggi direkodkan sejak bukan Januari hingga 14 Jun lepas, berbanding 531 kes dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Angka itu, katanya, menunjukkan peningkatan 174.7 peratus.

Menurut Dr. Afif, empat lokasi di kenal pasti sebagai kawasan wabak terkawal di George Town, iaitu Jalan C. Y. Choy, Lorong Kulit dan Pangsapuri Harmoni Jalan Kennedy, serta Taman Seri Impian dekat Daerah Seberang Perai Tengah.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menasihatkan warga Pulau Pinang supaya menggunakan repellan atau baju/seluar panjang semasa menjalankan aktiviti luar, melakukan semburan aerosol di dalam rumah atau memasang skrin pada tingkap demi mengurangkan risiko digigit nyamuk aedes.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus