Skip to main content

Respons pada fitnah Pemuda PAS kononnya Guan Eng jual tanah rizab Melayu P.Pinang

Ada netizen meminta saya ulas mengenai cakap-cakap pemuda PAS Kawasan Bagan bernama Hafiz Alias yang mendakwa Orang Melayu P.Pinang nak duduk mana tanah tak ada.


Respons saya begini:
Paling bodoh apabila menganggap di Pulau Pinang ada tanah rizab Melayu. Undang-Undang Tanah Rizab Melayu (kini dikenali sebagai ERM) diwujudkan di Kelantan pada tahun 1930, diikuti Kedah (1931), Perlis (1935), Johor (1936) dan Terengganu  (1941). Sejak zaman British lagi, tiada ERM di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Macam mana Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr. Lim Guan Eng boleh menjual tanah rizab Melayu, jika Enakmen Rizab Melayu sendiri tiada di negeri ini?



Tanah milik Melayu di P.Pinang tinggal 23.53 peratus, dedah Ahli Akademik

Zainulfaqar Yaacob
12 Disember 2014

BATU MAUNG - Pemajuan projek jambatan kedua Pulau Pinang yang dimahsyurkan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah oleh Kerajaan Pusat sedikit banyaknya turut mengjejaskan rekod pemilikan tanah milik oleh Melayu di negeri ini, kata Ahli Akdemik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr. Osman Md Yusoff.

Pensyarah Perancangan dan Pengurusan Pembangunan berkenaan turut mendedahkan peratusan pemilikan tanah di negeri ini, semasa perbentangan Meja Bulat Pemerkasaan Masyarakat Bandar di sini baru-baru ini.

Katanya, pemilikan tanah di Pulau Pinang oleh Melayu, Cina, India dan Sikh, 'Kerajaan Negeri dan 'status bercampur' masing-masing 23.53 peratus, 25.30 peratus, 0.96 peratus dan 0.07 peratus, 16.7 peratus dan 2.75 peratus.

Osman mendedahkan, ketuanpunyaan tanah oleh Melayu terjejas seperti di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Batu Maung, antara lain susulan pemajuan Jambatan Abdul Halik Muadzam Shah oleh Kerajaan Pusat.

"Kadar (peratusan) ini termasuk tanah besar di Seberang Perai...jika kawasan 'pulau' sahaja, maka, pemilikan anah orang Melayu jauh lebih merosot," ujar Osman, dipetik dari portal berita MySuara.

Menurut Osman, sebanyak 14,165 rumah kos rendah (KR) di Seberang Perai dimiliki Bumiputera, manakala, 10,053 unit lain dipunyai bukan Bumiputera.

Bagi rumah kos sederhana rendah (KSR), katanya lagi, Bumiputera hanya mampu memiliki 3,533 unit berbanding 15,527 unit oleh bukan Bumiputera.

“Berdasarkan kajian, pencapaian kemampuan pemilikan perumahan dan hartanah Bumiputera hanya 31.6 peratus, harga hanya 34.6 peratus, lokasi 41.3 peratus, mobiliti atau akses 42.1 peratus,” jelas Osman, yang kini memikul tugas berat dalam Pelan Strategik Pembangunan Sosio-Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang 2014-2016.

Bercakap pada majlis sama, Dekan Pusat Pengajian Pendidikan USM Prof. Dato' Dr. Rashid Mohamed berkata, kejejasan pemilikan tanah serta hartanah Melayu ini antara lain berpunca oleh kurangnya kesedaran politik rakyat, termasuk pemimpin-pemimpin Melayu sendiri.

Malah, beliau dilaporkan mendakwa kejejasan ini mengakibatkan Kerajaan Negeri serta pemaju di pulau ini bak 'Syarikat Hindia-Timur British' dan 'Belanda dapat tanah'.

“Populasi penduduk di sini pada 2010 ialah Bumiputera termasuk Melayu 42.05 peratus, Cina 40.92 peratus dan India 9.67 peratus, tetapi, pengundi berdaftar Melayu hanya 33.63 peratus sahaja berbanding Cina 55.05 peratus dan India 10.85 peratus.

“Jika tanah penduduk asal Aborigine di Australia dan Red Indian di Amerika Syarikat akhirnya diberikan perlindungan sebagai tanah Bumiputera, jadi mengapa tidak perlindungan untuk tanah orang Melayu di Pulau Pinang yang telah bertapak sebelum kedatangan Kapten Francis Light pada 1786,” tanya beliau dalam wacana tersebut.

Justeru, beliau mencadangkan pembangunan tanah wakaf secara moden dan sistemati adalah kritikal untuk menjamin kelangsungan Melayu di negeri ini, memandangkan Pulau Pinang tidak mempunyai Tanah Rizab Melayu.

“Tanah wakaf adalah lebih bernilai tinggi dan bernilai tambah berbanding Tanah Rizab Melayu serta dapat menyelesaikan masalah pemilikan pusaka yang berlapis keturunan dan perlindungan daripada manipulasi pembelian termasuk salah guna Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 oleh kerajaan negeri,” syor anak jati Pulau Pinang itu lagi.

Sementara itu, beberapa pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir turut berkongsi pandangan berkaitan masalah tanah dan kelangsungan hidup Melayu di 'Pulau Mutiara' itu.