Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim untuk membatalkan arahan Kerajaan Negeri supaya pembangkang Pulau Pinang mengosongkan Dewan Komuniti Penaga baru-baru ini.
"Saya harap Umno dapat menghormati keputusan Mahkamah serta menyerahkan dewan itu kepasa JKKK N(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Negeri)," ujar Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Ridwan Osman pagi tadi.
Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam majlis pelancaran Masjid Bebas Asap Rokok (MASBAR) dekat Masjid Haji Abdullah Fahim, Kepala Batas.
Mewakili PAS Kawasan Penaga, Ridwan berkata, satu majlis gotong-royong dianjurkan di Dewan Komuniti Penaga itu serentak dengan majlis meraikan kemenangan Kerajaan Negeri menggagalkan rancangan pembangkang Umno Barisan Nasional Pulau Pinang tersebut.
"Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon turut hadir merasmikan program gotong-royong," ujar Ridwan.
Dewan Komuniti Penaga itu dibina oleh Perda semasa Umno Barisan Nasional masih menguasai Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment