04 March 2015

Doktor pakar pun tak boleh cabut gigi sendiri, Nik Zawawi...

PEMILIHAN MUKTAMAR ADALAH SYURA DEMOKRATIK YANG MENDEKATI MAKSUD IJMAK

"Setakat ini, saya tidak nampak orang yang hendak bertanding melawan jawatan presiden dan saya sifatkan mereka yang mengeluarkan kenyataan supaya orang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berundur ini sebagai ‘tidak senonoh’ dalam perjuangan Islam,” kata Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh kepada Sinar Online, semalam.

Respons saya begini, kalau ada pun orang nak bertanding jawatan Presiden PAS, harap disokong juga pencalonan Tuan Guru Abdul Hadi Awang diangkat menjadi Mursyidul Am PAS yang baru.

Saya nak nasihat Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat supaya sederhanalah dalam proses musim Muktamar, kerana Muktamar ini adalah proses pemilihan dan suatu bentuk syura demokratik yang mendekati maksud ijmak.

Doktor gigi yang pakar pun kalau nak cabut gigi sendiri, kena minta bantuan doktor yang lain. 

Jangan ingat semua benda Nik Zawawi mampu buat dalam dakwah Islamiah melalui wadah PAS ini.

Harap Nik Zawawi boleh terima seadanya sesiapa pun yang nak bantu mengukuhkan kepemimpinan PAS bersama Pakatan Rakyat.

"PEMILIHAN MUKTAMAR ADALAH SYURA DEMOKRATIK YANG MENDEKATI MAKSUD IJMAK"



ZAINULFAQAR YAACOB
Timbalan Pengerusi II
PasMa Pulau Pinang.




No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus