04 March 2015

Jual PR1MA pun tanpa diskaun lima peratus, respons Jagdeep Sing Deo

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan menunjukkan suatu keratan akhbar berhubung seorang pemimpin pembangkang Pulau Pinang menggambarkan Kerajaan Negeri menghapuskan diskaun lima peratus dalam pembelian rumah yang menjadi hak istimewa Melayu dan Bumiputera, pada sidang media di sini, petang tadi.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) pun dijual kepada Bumiputera tanpa diskaun lima peratus kerana semua ketegori perumahan tersebut telahpun disubsidi serta harganya dikawal oleh kerajaan.

Justeru, Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, sepucuk surat berwajib yang diviralkan di internet baru-baru ini hanya mencerminkan Kerajaan Negeri mengamalkan polisi sedia ada yang digariskan oleh Kerajaan Pusat.

"Tiada diskaun lima peratus untuk Bumiputera ini bukan hanya di Pulau Pinang sahaja, tetapi, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di bawah Kerajaan Pusat pun dijual tanpa diskaun lima peratus kepada Bumiputera atau bukan Bumiputera.

"Jadi, Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) seperti negeri-negeri lain, tidak boleh memberikan diskaun yang lebih kerana harga rumah yang sedia ada telahpun didiskaun.

"Maka, surat ini adalah suatu pemberitahuan dan peringatan yang diikuti oleh Kerajaan Negeri, ia bukanlah polisi baru kerana garis panduan ini sebenarnya daripada Kerajaan Pusat sendiri," jelas Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat kepada wartawan di sini petang tadi.

Menurut Jagdeep, harga semua kategori perumahan sebenarnya di bawah harga pasaran, kerana telahpun disubsidi serta dikawal oleh Kerajaan.

Tambah beliau, Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah lama menggariskan bahawa rumah kategori kos rendah (KR) dikawal pada harga RM42,500 seunit, manakala, rumah kos sederhana rendah (KSR) pula bernilai RM72,500 seunit.

Katanya lagi, rumah mampu milik seperti PR1MA umpamanya mula diperkenalkan pada tahun 2013, dengan seunit berharga RM200,000, RM300,000 dan RM400,000.

Justeru, Jagdeep menasihatkan pembangkang Pulau Pinang supaya menguasai polisi perumahan sebenar yang digariskan oleh Kerajaan Pusat di Pulau Pinang, bukan menyemarakkan api perkauman sempit ke atas Kerajaan Negeri.

Punca Kerajaan Negeri digambarkan menghapuskan hak istimewa Melayu di negeri ini apabila sepucuk surat berhubung tiada diskaun lima peratus untuk Bumiputera yang membeli rumah di negeri ini tersebar meluas melalui media sosial, seperti facebook dan whatsapp.

Keratan akhbar Kosmo bertarikh 25 Februari, yang melaporkan mengenai gambaran serong terhadap Kerajaan Negeri baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus