JAGDEEP Singh Deo menunjukkan dokumen jawapan Shahidan Kasim kepada Lim Guan Eng di Parlimen, pada sidang media di sini baru-baru. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE
TOWN
- Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa yang baru dilantik sebagai
Pengerusi Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang baru digesa menyatakan
pendirian yang lebih konsistan mengenai rancangan Kerajaan Pusat membina rumah
mampu milik berwajib di Pulau Pinang.
Exco Perancangan Bandar & Desa dan
Perumahan, Jagdeep Singh Deo memberitahu, gesaan tersebut dibuat melalui suatu
surat rasmi kepada Ali Hamsa baru-baru ini.
Jagdeep turut merakamkan ucapan takziah
kepada atas pemergian bekas Pengerusi
PR1MA, Allahyarham Tan Sri Ir. Dr. Jamaluddin Jarjis yang terlibat dalam
satu tragedi kamlangan udara baru-baru ini.
"Dalam surat itu, saya menuntut
penjelasan mengenai status pelaksanaaan PR1MA kerana dia (Ali Hamsa) adalah
Pengerusi (PR1MA) yang baru.
"Sebab utama adalah sebelum dia
(Ali Hamsa), terdapat pelbagai kenyataan daripada beberapa wakil Kerajaan
Persekutuan yang semuanya tak konsistan," ujar Jagdeep yang juga Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat kepada wartawan di sini baru-baru
ini.
Menurut Jagdeep, dalam jawapan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kasim kepada Ahli Parlimen
Bagan, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada 25 November tahun lepas antara lain
menyebut telah mengenal pasti 201,21 hektar tanah di Gelugor, Balik Pulau dan
Teluk Kumbar di mana 6,100 perumahan PR1MA, tiada ada maklumat konkrit hingga kini.
Bahkan, Shahidan dilaporkan turut
mengaku bahawa suatu projek perumahana yang terdiri 267 unit PR1MA untuk rakyat
Pulau Pinang telahpun mendapat kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.
"Apa yang penting ialah garis masa
pelaksanaan dan penyampaian projek perumahan PR1MA untuk rakyat Pulau Pinang.
"Malangnya, apabila disemak dengan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai
(MPSP) tiada apa-apa permohonan dari pihak PR1MA," katanya lagi.
Justeru, katanya lagi, Ali Hamsa digesa
menjelaskan secara terperinci mengenai lokasi cadangan pemajuan PR1MA, serta
tempoh masa untuk Kerajaan Pusat mendapatkan kelulusan kebenaran merancang
daripada PBT dan waktu memulakan kerja-kerja pembinaan fizikal berwajib di
negeri ini.
"Maka, saya menyeru Kerajaan
Persekutuan, khususnya Pengerusi PR1MA yang baru, jika betul-betul ingin
membina perumahan tersebut di Pulau Pinang, eloklah datang bersemuka dengan
Kerajaan Negeri dan beritahu permasalahan yang dihadapai untuk diselesaikan
demi kepentingan umum,” tegas Jagdeep.
Terdahulu, Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam satu mesyuarat
pada 8 Februari tahun lepas turut mengesahkan Kerajaan Pusat akan akan membina
unit rumah PR1MA di negeri ini, namun Kerajaan Negeri sehingga kini masih tidak
mendapatkan maklum balas secara terperinci mengenai rancangan pemajuan berwajib
tersebut.
Jamaluddin dalam satu pertemuan dengan
Jagdeep semasa ini turut menyatakan komitmen serupa dengan Ahmad Dahlan.
Lanjutan itu, Jagdeep dalam satu surat
rasmi bertarikh 14 Februari tahun lepas turut menyatakan komitmen untuk
bekerjasama demi memastikan rancangan Kerajaan Pusat untuk membina unit rumah
PR1MA di negeri ini sesegera mungkin.
"Selepas Kerajaan Persekutuan pada
pengumuman belanjawan lepas sebanyak RM1.3 bilion untuk membina 80,000 unit
PR1MA di negara ini, saya berharap manfaatnya dapat dikongsi di Pulau Pinang
kerana Pulau Pinang merupakan penyumbangan cukai ketiga paling tinggi untuk
negara.
"Dia (Ali Hamsa) wajar bersikap
adil dengan rakyat Pulau Pinang kerana rakyat Pulau Pinang pun adalah
warganegara Malaysia, dan janganlah dianaktirikan dari segi pembekalan
perumahan rumah mampu milik di bawah PR1MA," ujar Jagdeep pada kenyataan
terbarunya.
Dalam perkembangan berkaitan, Jagdeep
dalam sidang media berasingan sebelum ini turut mengingatkan orang ramai supaya
tidak tertipu dengan sindiket tertentu dalam mendapatkan rumah kos rendah,
sederhana rendah dan mampu milik melibatkan kutipan wang.
Beliau berkata demikian sebagai respons
pada sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melaporkan beberapa warganegara di
luar negeri mengaku ditipu antara RM2,500 hingga RM7,000 untuk mendapatkan unit
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di negeri ini.
“Sebagai Kerajaan Negeri (Pulau Pinang)
yang perihatin, kita tidak mengutip satu sen pun dalam membuat permohonan bagi
ketiga-tiga kategori rumah yang disebutkan,” ujar Jagdeep.
No comments:
Post a Comment