08 May 2015

Berani rentas Selat P.Pinang wajar dipuji – Chong Eng

CHOW Kon Yeow (paling kiri) dan Ong Poh Eng (paling kanan) merakamkan gambar dengan Serge Dominichini dan dua pemenang lain pada Majlis Penutupan Kejohanan Renang Antarabangsa Merentasi Selat Pulau Pinang 2015 di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kejohanan Renang Antarabangsa Merentasi Selat Pulau Pinang 2015 yang baru dilangsungkan buat kali pertama dalam tempoh 27 tahun di negeri ini cukup mencabar keberanian para peserta berwajib.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng dalam ucapannya memuji para perenang yang berani merentasi selat sepanjang kira-kira 6.5 kilometer tersebut, walaupun masing-masing terkena sengatan obor-obor.

"Sengatan obor-obor itu memang tidak dapat dielakkan lagi kerana habitat itu memang berada di dalam perairan Selat Pulau Pinang, tetapi keberanian para perenang dari dalam negara dan antarabangsa sangat saya dipuji.

"Dalam kejohanan akan datang, jika ada lagi di Pulau Pinang, mereka mestilah mempertimbang untuk memakai pakaian renang yang lebih sesuai agar dapat mengurangkan risiko sengatan (obor-obor)," jelas Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang semasa dihubungi wartawan di sini baru-baru ini.

Majlis pembukaan kejohanan bersejarah itu dirasmikan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng.

Manakala, acara perasmian penutup kejohanan tersebut pula disempurnakan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir merangkap ADUN Padang Kota, Chow Kon Yeow, dengan diiringi oleh Timbalan Pengerusi II MSNPP, Dato' Ong Poh Eng.

Difahamkan, kejohanan kali ini menerima 169 penyertaan, iaitu 146 dari negara China, 20 warganegara, dua peserta dari Singapura dan baki seorang lagi dari Perancis.

Masing-masing berenang dari persisiran Pantai Bersih di Bagan Ajam, dekat Seberang Perai Utara (SPU) merentasi perairan Selat Pulau Pinang, dan berakhir di persisiran pantai di Jalan Sultan Ahmad Shah dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Padang Kota.

Warganegara, Tan Kuan Ling, 42, berkata, beliau bersama-sama jurulatih renang beliau masing-masing mengaku bahawa mereka mengetahui mengenai risiko disengat obor-obor, tetapi masih teruja untuk menyertai kejohanan bersejarah tersebut.

“Saya juga disengat beberapa kali sebelum menyelesaikan cabaran renang ini,” kata Kuan Ling yang juga seorang ahli perniagaan di Bukit Mertajam.

Kuan Ling direkodkan berjaya menduduki tempat kedua dalam Kategori Terbuka Wanita, dengan catatan renang tiga jam, dua minit dan tiga saat.

Sementara itu, perenang antarabangsa dari China, Zhang Xu Na, 61 turut mengaku disengat obor-obor beberapa kali sebelum berjaya menyempurnakan cabarang renang, dengan menduduki tempat keenam dalam Kategori Terbuka Wanita.

"Saya telah disakiti pada pergelangan tangan dan kaki saya," kata beliau selepas mencatatkan masa dalam tiga jam, 41 minit dan 45 saat.

Nada sama turut dikongsi oleh perenang antarabangsa dari Perancis, Serge Dominichini, 48, yang muncul sebagai juara Kategori Terbuka Lelaki dengan catatan masa satu jam, 47 minit dan 22 saat.

"Saya telah disengat kira-kira lima kali pada pergelangan tangan saya, perut, muka dan pergelangan kaki," kata Dominichini, yang bekerja sebagai pengurus minyak dan gas di Kuala Lumpur.

Kejohanan bersejarah tersebut dianjurkan secara bersama antara Persatuan Perenang Amatur Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP).

Kejohanan ini dianjurkan di negeri ini selepas Kerajaan Negeri bersetuju dengan hasrat sebuah pertubuhan renang dari China untuk mengadakan sebuah kojohanan renang merentasi selat, beberapa bulan lepas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus