SALAH satu blok dekat Bandar Seberang Jaya kelihatan indah selepas siap dicat semula menggunakan peruntukan PDC dan ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, tiga blok lima tingkat rumah flat kos rendah dekat Bandar Seberang Jaya yang baru siap dicat semula lengkap menelan belanja RM177,000, manakala, kos kerja-kerja penyelenggaraan pula berjumlah RM110,133.
"Amaun 80
peratus yang ditanggung oleh PDC merupakan tanggungjawab sosio korporat (CSR),
manakala, YB Dr. Afif Bahardian (Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya)
telah sudi menanggung baki 20 peratus kos.
"Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada YB Dr. Afif bagi pihak MC (Perbadanan
Pengurusan) atas peruntukan beliau ini," ujar Guan Eng pada satu ujarnya pada Majlis Penyerahan Rasmi Penyiapan Kerja Pengecatan Semula 3-Point Blok (A1, A2, A3) Bandar Seberang Jaya di sini baru-baru ini. di
sini baru-baru ini.
Selain Dr. Afif
yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan
Kesihatan, Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan)
turut berucap pada majlis itu.
Hadir sama, Pengurus
Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar dan Datuk Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua
Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP).
Menurut Guan Eng,
kerja-kerja mengecat semula tiga flat tersebut dilakukan oleh PDC Nusabina Sdn.
Bhd..
Manakala,
kerja-kerja pembaikan berwajib pula meliputi kerosakan kritikal seperti
penggantian paip air hujan, pembuangan tumbuhan sedia ada dan kerja lapis air (waterproofing).
TIADA penyelenggaraan dan baik pulih berwajib pada salah satu unit rumah di sini mengakibatkan air tinja terus meleleh turun hingga mengotorkan dinding flat yang baru dicat serta lantai di sini.
|
Tinjauan fotojurnalis di sini mendapati masih
banyak lagi kerosakan kritikal seakan langsung tidak dibaiki, sungguhpun,
kerja-kerja mengecat semula flat di sini dilihat siap sepenuhnya.
S. SARASVATHY (kiri) dan adiknya, S. Nagajothy (kiri). |
"Cukup bahaya
di sini dengan tiada lampu koridor, paip air dan pembentong pecah hingga banyak
kawasan air bertakung...biawak, nyamuk dan tikus banyak terutama pada sebelah
malam.
"Dari 60 unit
rumah (di bloknya), 12 pemilik sahaja yang membayar (yuran penyelenggaraan) RM20
tiap-tiap bulan kerana yang lain rata-rata menyewa kononnya.
"MC di sini sekarang
ini tak jalankan lagi kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan (dengan
menggunakan) guna alasan ini (penduduk tak bayar yuran penyelenggaraan),
walaupun orang macam saya bayar," ujar Sarasvathy.
Tambah Sarasvathy,
adiknya, S.Nagajothy, 34, merupakan orang kurang upaya (OKU) yang mengidap
sakit buah pinggang seringkali demam-demam disebabkan suasana persekitaran yang
kurang bersih dan sihat.
"Adik selalu
demam kerana persekitaraan yang tidak bersih...kami boleh membersihkan rumah
kami, tetapi kawasan persekitaran tidak boleh kekal bersih kerana tiada
kerjasama penduduk dan kerja-kerja penyelenggaraan MC di sini," jelas
Sarasvathy lagi.
"Macam saya
yang menyewa di sini, tuan rumah bayar yuran penyelenggaraan, tetapi, kawasan
sekeliling kotor serupa dulu kerana tiada kerja-kerja pembersihan di sini.
"Macam rumah
saya, (lantainya) agak tinggi, tetapi, rumah jiran di sebelah seringkali
dimasuki air kerana paip air pecah tidak pernah dibaiki walaupun flat kami
cantik selepas dicat semula," jelas Aishah Fazilah.
Ketiga-tiga
respondan merayu agar pihak berwajib segera menyelesaikan masalah berbangkit di
sini.
Dr. Afif dalam reaksi spontan menjelaskan bahawa kesemua kerosakan kritikal yang baru dibaiki sebenarnya telahpun dirosakkan dua hari kemudiaan, akibat aktiviti vendalisme dan kecurian pihak tidak bertanggungjawab.
Jelas beliau lagi, MC tidak dapat melaksanakan kerja-kerja pembersihan kerana rata-rata penduduk di situ gagal membayar yuran penyelenggaraan mengikut jadual.
"Kita akan baiki balik secepat mungkin semua kerosakan krtikal, dan mencari jalan agar MC boleh melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan seperti biasa selepas proses bayaran yuran dibuat oleh penduduk," - respons Dr. Afif semasa dihubungi kemudian.
Dr. Afif dalam reaksi spontan menjelaskan bahawa kesemua kerosakan kritikal yang baru dibaiki sebenarnya telahpun dirosakkan dua hari kemudiaan, akibat aktiviti vendalisme dan kecurian pihak tidak bertanggungjawab.
Jelas beliau lagi, MC tidak dapat melaksanakan kerja-kerja pembersihan kerana rata-rata penduduk di situ gagal membayar yuran penyelenggaraan mengikut jadual.
"Kita akan baiki balik secepat mungkin semua kerosakan krtikal, dan mencari jalan agar MC boleh melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan seperti biasa selepas proses bayaran yuran dibuat oleh penduduk," - respons Dr. Afif semasa dihubungi kemudian.
Pada Jun tahun lepas, Jagdeep serta Dr. Afif sendiri turut meninjau ketiga-tiga rumah pangsa
kos rendah di sini.
Hasil lawatan itu,
Jagdeep mengarahkan supaya semua kerosakan kritikal segera dipulihara, selain,
syor mengecat semula bangunan tersebut.
Mohd. Radzi Awang,
wakil Pesuruhjaya Bangunan MPSP diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan
masalah berbangkit, iaitu kesemua flat di sini sejak 28 tahun lepas masih belum
mendapatkan sijil layak menduduki (OC).
Menurut Jagdeep,
perkara berbangkit tersebut perlu segera diselesaikan untuk mendapatkan
peruntukan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M).
Pun begitu,
kerja-kerja penyelenggaran serta mengecat semula ketiga-tiga flat tersebut kini
ditanggung secara bersama oleh PDC dan Dr. Afif Bahardin.
Tiga blok lima
tingkat yang keseluruhannya terdiri oleh 180 unit rumah dibina pada tahun 1981.
Kali terakhir
kerja-kerja mengecat semula tiga blok berkenaan dilakukan pada tahun 1992.
No comments:
Post a Comment