21 October 2014

Biasiswa elak abai pelajar terpilih - KM

LIM Guan Eng menyantuni salah seorang penerima Biasiswa Kecil Negeri Peringkat Pulau di Dewan Terbuka Tapak Pesta Sungai Nibong dekat Bayan Baru, sambil diperhatikan oleh pemimpin Kerajaan Negeri lain di sini baru-baru ini.

Oleh: AHMAD ADIL MOHAMAD & NORSYAHIDA YUSOFF

BERTAM - Kerajaan Negeri akan terus memberi keutamaan pada kebajikan pelajar terpilih supaya  mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan nasional di Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa menyampaikan sumbangan Biasiswa Kecil negeri berjumlah RM1,309,680 kepada 1,758 murid terpilih.

Di Pulau Pinang, kita mempunyai tadbir urus yang baik kerana rakyatnya...macam mana baiknya sesebuah Kerajaan Negeri adalah sebaik-baik rakyatnya.

"Oleh itu, suara mereka (pelajar) perlu didengar dan harus diambilkira dalam membangunkan negeri ini,” ujar Guan Eng pada Majlis Penyampaian Sumbangan Biasiswa Kecil Peringkat Seberang Perai di Dewan Millenium baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar), Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan) dan Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti) turut hadir pada majlis tersebut.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus, Saodah Nawawi (Pegawai Daerah Seberang Perai Utara) dan Amat Sazali Abu Hassan (wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri).

Guan Eng dalam majlis berasingan turut menyampaikan sumbangan serupa peringkat pulau kepada 82 penerima dari sekolah sekitar Daerah Timur Laut, serta 95 penerima lain dari 11 sekolah sekitar Daerah Barat Daya.

Pada majlis sama, enam graduan cemerlang peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diraikan dengan pinjaman pendidikan ditukar kepada biasiswa, serta masing-masing menerima ganjaran RM1,000.

Sementara itu, penerima, Nurain Mohdd Nazir, 26, yang ditemui kemudian melahirkan rasa bersyukur kerana pinjaman pendidikan beliau telahpun ditukar menjadi biasiswa atas sebab kejayaannya mendapat kepujian kelas pertama peringkat Sarjana Bioteknologi dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Beliau memberitahu, inisiatif tersebut serta insentif RM1,000 yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri membakar semangat beliau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) kelak.

"Saya rasa bersyukur kerana mula daripada pinjaman dan telah ditukarkan kepada biasiswa.

"Rasa cukup menghargai usaha Kerajaan Negeri, tak jangka dapat insentif daripada Kerajaan Negeri untuk mahasiswa dan mahasiswi," ujar Nurain, sambil menyatakan hasrat untuk kembali berkhidmat ke negeri ini selepas tamat pengajian kelak.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus