12 February 2015

Guan Eng kotakan janji, serah sumbangan RM200,000 untuk kuil Air Terjun


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada pengurus Kuil Arulmigu Thandayuthapani dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Kebun Bungah, sebagaimanan dijanjikan oleh Kerajaan Negeri ketika sambutan Hari Thaipusam di sana baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri menerusi peruntukan saya akan memberikan RM200,000 kepada kuil Air Terjun dan hari ini kita tunaikan janji,” ujar Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Penerangan, Warisan, Kesenian dan Hal Ehwal Bukan Islam pada sidang media di sini, petang tadi.

Cek RM200,000 itu diterima sendiri Pengerusi Kuil Arulmigu Thandayuthapani, R. Subramaniam, sambil disaksikan oleh Setiausaha Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang, R. Surentharan.

“Thaipusam merupakan antara perayaan yang diraikan meriah di Pulau Pinang dan pada sambutan kali ini telah berjaya menarik lebih 1.3 juta ke Pulau Pinang, termasuk pengunjung dan pelancong.

“Justeru, sumbangan RM200,000 ini akan digunakan untuk pembangunan kuil,” ujar Guan Eng.

Wakil lain bagi Kuil Arulmigu Thandayuthapani bertemu ketua Menteri, B. Arulmigu, T. Suresh Kumar, S. Vasandi dan M. Shanmuganathan turut menyertai pertemuan tersebut.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih menyertai sambutan Thaipusam di kuil berkenaan, serta mengumumkan Pulau Pinang menerima lebih 1.3 juta pengunjung pada hari perayaan komuniti Hindu tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus