12 February 2015

Tarif elektrik turun mulai Mac takkan sebab pilihan raya, tanya Guan Eng

(Dari kiri) PHEE Boon Poh, Lim Guan Eng, Abdul Malik Abul Kassim dan Dr. Afif Bahardin pada sidang media di sini tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Penurunan tarif elekrtik di Semenanjung Malaysia sehingga 4.3 peratus mulai 1 Mac hingga 30 Jun depan kemungkinan mengambil kira persiapan Kerajaan Pusat demi mendepani pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang dijangka berlangsung dalam tempoh 60 hari ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, sepatutnya tarif elektrik diturunkan sehingga 35 peratus, selari dengan angka kenaikan peratusan untung yang diraih oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada penggal keempat tahun lepas.

“Kalau keuntungannya boleh naik sehingga 35 peratus, mengapa tidak dikongsi bersama rakyat...seharusnya penurunan sebanyak 35 peratus.

“Mengapa turun hanya empat bulan, adakah ini hanya persiapan untuk memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh...mengapa tak turun betul-betul,” tanya Guan Eng di sini, tengah hari tadi.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar), Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan) turut menyertai sidang media tersebut.

Menurut Guan Eng, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari mulai tarikh sabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah pada 10 Februari lepas, sekiranya Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia berkenaan tidak mengfailkan petisyen pengampunan berwajib sebagaimana disebut dalam Perkara 48(4) Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Kerajaan Pusat mengumum tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen/kWj untuk pengguna Semenanjung Malaysia berkuatkuasa mulai 1 Mac hingga 20 Jun depan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili turut mengumumkan purata kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj, berkuat kuasa bagi tempoh sama, iaitu menyamai penurunan sebanyak 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa.

Penurunan tarif elektri itu, katanya, mengambil kira penurunan kos bahan api global.

Difahamkan, peratusan penurunan tarif elektrik dalam tempoh tiga bulan itu dilakukan secara berperingkat, iaitu pada angka 4.3 peratus, diikuti 4.1 peratus dan 3.9 peratus.

LIM Guan Eng sekali lagi menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim masih mempunyai kelayakan sebagai Ahli Parlimen, jika dirujuk pada buku Perlembagaan Persekutuan  yang dipegangnya itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng semalam menjelaskan bahawa Anwar sekurang-kurangnya masih mempunyai kelayakan sebagai Ahli Parlimen dalam tempoh 14 hari sejak disabitkan bersalah pada 10 Februari lepas.

Jika Anwar mengfailkan petisyen pengampunan sebagaimana dibenarkan dalam Perkara 48(4) Perlembagaan Persekutuan, Guan Eng menjelaskan bahawa kelayakan pemimpim utama Pakatan Rakyat itu akan dilanjutkan melebihi 14 hari sehingga prosiding dibereskan oleh pihak berwajib.


Enam tahun perbicaraan kes Anwar difitnah meliwat bekas pembantu peribadinya sebelum disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Persekutuan dekat Putrajaya baru-baru ini, mengingatkan khalayak pada konspirasi serupa dalam peristiwa pemecatan beliau sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1997 dulu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus