22 June 2014

Bandar Cassia tawar 520 rumah mampu milik berkualiti sekarang - Guan Eng

LIM Guan Eng (lima dari kiri) menerima penjelasan daripada Jagdeep Singh Deo (enam dari kiri) mengenai Fasa I Taman Cassia dekat Galeri PDC, sambil diiringi oleh Soon Lip Chee (dua dari kiri), Rosli Jaafar (empat dari kiri) dan Micheal Tan Cheong Eng (paling kanan) di sini pada pagi tadi.

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

BATU KAWAN - Tempahan 520 unit rumah mampu milik rakyat berkualiti Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh dibuat sekarang untuk kediaman Fasa 1 Taman Cassia di sini bagi mereka yang layak, walaupun Perlembagaan jelas menyebut tanggungjawab itu sebenarnya di bawah Senarai Persekutuan.

Justeru, Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng mengalu-alukan semua pihak mengunjungi Galeri Jualan seliaan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi melihat contoh rumah mampu milik idaman masing-masing.

Tambah beliau, kediaman berkeluasan lantai 800 kaki persegi ditawarkan pada harga RM72,500 seunit, RM168,000 bagi kediaman keluasan lantai 900 kaki persegi, dan RM220,000 bagi keluasan lantai 1,000 kaki persegi.

"Kalau kita lihat flat-flat rumah awam HDB (Lembaga Pembangunan Perumahan, Singapura) yang dibina di Singapura sekarang pun, kita akan percaya kualitinya lebih (bermutu) daripada rumah mampu milik yang dibina di negara kita sebelum ini.

"Kerajaan Negeri telahpun melantik pembina rumah awam terungguh di dunia (HDB Singapura) untuk membantu kita supaya selepas ini, walaupun nama rumah mampu milik di sini (Bandar Cassia), tetapi kualitinya bukan (sekadar) rumah mampu milik," ujar Guan Eng pada majlis tersebut di sini, pagi tadi.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo, P.Kasthurirani (Ahli Parlimen Batu Kawan), Soon Lip Chee (Ahli Dewan Undangan Negeri Jawi), Micheal Tan Cheong Eng (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Datuk Rosli Jaafar (Pengurus Besar PDC) turut menyertai majlis rasmi tersebut.

Difahamkan, Kerajaan Negeri melalui Projek Perumahan Mampu Milik (Projek AHS), tanah seluas 200 ekar disediakan untuk membina 11,800 unit kediaman mampu milik berkualiti dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, dengan Fasa I Bandar Cassia dijangka siap pada awal tahun 2017.

Dalam Fasa I Bandar Cassia ini juga, difahamkan, 44 unit kilang sedang dibina serta dijangka siap pada awal tahun 2015, manakala, 50 peratus daripadanya telahpun dijual.

PDC turut merancang pembangunan SME Village di atas tanah berkeluasan 150 ekar dekat Batu Kawan, yang akan didirikan 298 unit kilang teras serta unit berkembang dalam keseluruhan pembangan meliputi lima fasa di sini. 

Menurut Guan Eng, Bandar Cassia bakal menjadi bandar eco bersepadu terbesar di negeri ini, yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas canggih, mesra alam, berkonsep hijau, resort goft, taman tema antarabangsa serta 'kampung pekerja'.

Selain itu, katanya, Bandar Cassia bakal mempunyai prospek hartanah paling kompetatif kerana rancangan pembangunannya bersepadu dengan gedung IKEA pertama di luar Lembah Klang, Penang Designer Village, University of Hull (dari United Kingdom), KDU College University serta Haemonetics, iaitu peneraju global dalam sistem pengurusan darah.  

"Semua ini merupakan petanda baik untuk tranformasi strategik Bandar Cassia, Batu Kawan kepada eko antarabangsa dan hab masa depan," ujar Guan Eng dalam nada optimistik. 


______________
DI BAWAH INI, GAMBAR-GAMBAR PAMERAN RUMAH CONTOH YANG SAHABAT SAYA, SDR. AHMAD ADIL MOHAMAD SEMPAT AMBIL PADA MAJLIS PELANCARAN GELERI JUALAN PDC DI BANDAR CASSIA DEKAT BATU KAWAN PADA PAGI TADI. SEMUA GAMBAR INI SAYA MUAT NAIK DARI ALBUL FACEBOOK BULETIN MUTIARA UNTUK PENGKONGSIAN PEMBACA DI SINI.






No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus