15 July 2013

Haemonetics AS labur industri perubatan P.Pinang

SYARIKAT peranti perubatan terkemuka Amerika Syarikat (AS), Haemonetics Corporation (www.haemonetics.com) akan membuka kilang di atas 12 ekar tanah di Taman Perindustrian Batu Kawan dekat Seberang Perai Selatan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, projek pelaburan itu akan melibatkan beratus-ratus juta ringgit dengan jumlah pekerjaaan sebanyak 700 orang.

"Infrastruktur ini akan siap pada akan 2014 dan dijangka memulakan operasi pengeluaran pada suku pertama tahun 2015," ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata, infrastruktur kemudahan yang wujud di Pulau Pinang melayakan negeri itu dipilih sebagai destinasi pelaburan dunia.

Ujarnya, David Helsel (Naib Presiden Eksekutif Pengeluaran Global) berkata, pemilihan Pulau Pinang dipercayai mampu mendekatkan syarikat antarabangsa itu dengan pelanggan-pelanggan di rantau ini.

Manakala, Naib Presiden Kejuruteraan Global, Sudhakar Varshney pula dilaporkan berkata, Pulau Pinang diiktiraf menawarkan infrastruktur yang baik, mampu membekalkan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta mempunyai persekitaran perubatan yang kukuh.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) kerana memberi kerjasama dengan Kerajaan Negeri hingga menarik minat industri perubatan global itu ke Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus