04 July 2012

'P.Pinang tiada rumah kos rendah' fitnah Umno

UMNO menuduh Kerajaan Negeri P.Pinang tak bina rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah sejak Mac 2008.

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mendedahkan, sebanyak 11,596 rumah kos rendah dan sederhana rendah telah pun dibina sejak tempoh itu.

Dari jumlah itu, pihak swasta telah membina 8,175 unit rumah, iaitu 2,612 rumah kos rendah dan 7,790 rumah kos sederhana rendah.

Tidak cukup dengan itu, pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan hasrat membina lebih 18,000 lagi rumah kos rendah dan sederhana rendah di Batu Kawan melalui PDC.

Sejumlah RM500 juta diperuntukan oleh Kerajaan Negeri dalam Tabung Rumah Mampu Milik, iaitu sebahagian dari dana hasil penjualan 102.6 ekar tanah Bayan Mutiara dekat Bayan Lepas secara tender terbuka yang bernilai kira-kira RM1.07 bilion.

Pelan pembangunan fasa pertama 12,000 rumah mampu milik berkualiti di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan (SPS) telahpun diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 17 Februari lepas.

Pemimpin Umno masuk ke kampung-kampung menyebarkan dakyah kononnya pentadbiran Guan Eng cuba mengusir Melayu dari pulau melalui projek rumah di Batu Kawan itu.

Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah (PDT) P.Pinang di bawah bidang kuasa kerajaan Barisan Nasional pusat sendiri kemudiannya mendedahkan, 6,000 unit rumah mampu milik lain akan dibina dalam fasa kedua di atas 77 ekar tanah yang telahpun dikenal pasti di kelima-lima daerah seluruh Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau.

Tanah yang dikenal pasti di Seberang Perai Utara seluas 28.9 ekar, diikuti Seberang Perai Tengah (31.71 ekar), Daerah Timur Laut (10.21 ekar) dan Daerah Barat Daya (5.84 ekar).

Hari ini, Malaysiakini.com pula melaporkan, pentadbiran Guan Eng menyerahkan 7.2 ekar lagi tanah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Jalan Chelliah, George Town kepada PDC untuk dibina empat blok rumah kos rendah dan sederhana rendah untuk semua rakyat sama ada Melayu, Cina, India dll.
"Ini usaha negeri untuk menyediakan lebih persamaan, rumah mampu milik di pulau (Pinang). Pelan induk termasuk tempat letak kereta bertingkat, taman atas bumbung, kemudahan sukan dan tempat ibadat," jelas Ng Wei Aik (Setiausaha Politik Ketua Menteri).

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus