Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PERMATANG PAUH - Jangan kelirukan rakyat kononnya Melayu menentang YTL Power dalam rancangan pemajuan 'Projek 3A' di Johor sahaja, apabila Majlis Perundingan Melayu (MPM) dalam syornya kepada Pusat supaya mengamanahkan keseluruhan projek itu kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nasihatnya mensyorkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mendedahkan serta menstrukturkan semula kesemua perjanjian konsesi stesen janakuasa bebas (IPP) yang didakwa lebih menguntungkan kroni tertentu.
Kata Anwar lagi, kroni kesemua projek IPP di tanah air ini sejak era 1980-an sebenarnya ada daripada kalangan Melayu, Cina atau India.
Kata Anwar lagi, kroni kesemua projek IPP di tanah air ini sejak era 1980-an sebenarnya ada daripada kalangan Melayu, Cina atau India.
"Jangan kelirukan rakyat kononnya ada perjuang untuk membetulkan satu-satu isu ini sahaja, ini bukan isu Melayu lawan YTL.
"Tetapi, tidak berani dedah dan struktur perjanjian IPP lain, tidak berani banteras unsur rasuah dalam projek UiTM babit kroni mereka," ujar Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia kepada wartawan, selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Pulau Pinang, petang tadi.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan) dan Amir Md. Ghazali (Ketua PKR Cabang Permatang Pauh) turut hadir pada majlis rasmi Kerajaan Negeri tersebut.
Sebelum itu, Anwar menyempurnakan RM221,000 sumbangan Ihya' Ramadan Kerajaan Negeri tersebut kepada semua 212 wakil masjid di negeri ini demi memartabatkan Islam serta mengimarahkan bulan ibadah yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi.
Itu, tidak termasuk RM31,500 sumbangan peribadi Anwar khusus untuk 63 surau di sekitar Parlimen Permatang Pauh.
ANWAR Ibrahim pada sidang medianya, sejurus Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya' Ramadan, petang tadi. | Foto: Facebook Khairul Nadzmi |
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan) dan Amir Md. Ghazali (Ketua PKR Cabang Permatang Pauh) turut hadir pada majlis rasmi Kerajaan Negeri tersebut.
Sebelum itu, Anwar menyempurnakan RM221,000 sumbangan Ihya' Ramadan Kerajaan Negeri tersebut kepada semua 212 wakil masjid di negeri ini demi memartabatkan Islam serta mengimarahkan bulan ibadah yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi.
Itu, tidak termasuk RM31,500 sumbangan peribadi Anwar khusus untuk 63 surau di sekitar Parlimen Permatang Pauh.
Terdahulu, MPM dilaporkan mendesak Kerajaan Pusat supaya mengamanahkan kepada TNB untuk mengendalikan keseluruhan projek mega tersebut.
Memetik laporan Bernama Online hari ini, Setiausaha Agung MPM Datuk Dr. Hasan Mad berkata, TNB mampu melaksanakan projek penjanaan tenaga tersebut tanpa perlu diswastakan kepada pihak ketiga lain, iaitu IPP.
Syor MPM itu, selepas YTL Power International Bhd. dilaporkan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam pembangunan cadangan Projek 4A.
Projek 4A adalah cadangan pemajuan satu loji tenaga 1,000 hingga 1,400 megawatt di Johor, yang asalnya dirancang secara konsortium melibatkan YTL Power, TNB dan SIPP Energy Sdn. Bhd., dengan jangkaan sumbangan kira-kira 7.0 peratus kepada pendapatan tahun kewangan YTL Power pada 2019.
RAFIZI Ramli (kiri) dan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin (kanan) pada sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur baru-baru ini. | Foto: Keadilandaily |
Manakala, projek terbaru pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Pasir Gudang yang bernilai antara RM280 juta hingga RM315 juta pula diberikan kepada ADUN Umno Pulau Pinang.
Memetik dakwaan Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Pandan Rafizi Ramli, ADUN Bertam Shariful Azhar Othman didedah memegang sejuta saham dalam Cosmic Dimension Sdn. Bhd., iaitu menyamai 20 peratus saham pegangan projek konsesi tersebut.
No comments:
Post a Comment