22 June 2014

Selitkan info bahaya denggi dalam tazkirah Ramadan - Exco Kesihatan

AFIF Bahardin (empat dari kiri), Mohd. Rashid Hasnon (dua dari kiri) dan Amir Md. Ghazali (paling kiri) mengiringi Anwar Ibrahim (lima dari kiri) menyempurnakan majis penyampaian sumbangan Ihya' Ramadan Peringkat Kerajaan Negeri di perkarangan Masjid Tengah Jalan Berapit di sini, pada petang tadi. | Foto: facebook Zainal Abidin Saad

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

BERAPIT
- Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin mensyorkan info risiko wabak denggi turut diselitkan dalam slot tazkirah Ihya' Ramadan sepanjang sambutan bulan ibadah di masjid nanti.

Menurut, Dr. Afif, inisiatif ini wajar memandangkan musim kemarau yang dijangka sepanjang bulan Ramadan ini adalah berpotensi untuk pembiakan nyamuk aedes di kediaman masing-masing.

"Kalau boleh, dalam tazkirah pada bulan Ramadan di masjid dan di surau nanti, turut disebut mengenai bahaya denggi kerana risiko nyamuk aedes membiak lebih tinggi pada musim kering," ujar Dr. Afif, sambil memberitahu bahawa tiga direkodkan mati akibat denggi bagi tahun tahun ini.

Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata demikian petang tadi, dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya' Ramadan Peringkat Negeri, di perkarangan Masjid Tengah Jalan Berapit di sini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berucap serta menyampaikan sumbangan peribadinya berjumlah RM31,500 kepada 63 surau di sekitar kawasan parlimennya.

Sama berucap, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon pada majlis yang turut disertai oleh Ketua PKR Cabang Permatang Pauh, Amir Md. Ghazali.

Anwar dalam ucapannya menegaskan Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng konsistan memartabatkan Islam di negeri ini sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, walaupun Umno BN di Putrajaya acapkali mengambarkan umat Islam Pulau Pinang kononnya dipinggirkan di bawah Kerajaan Negeri hari ini.

Justeru, beliau berharap, sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah RM221,000 kepada semua 212 masjid dapat dimanfaatkan demi mengimarahkan 'rumah Allah' sepanjang bulan Ramadan ini.

"Islam sebagai agama rasmi, hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan kedududkan Raja-Raja Melayu yang dijamin dalam Perlembagaan turut dipegang dengan erat oleh saya (sebagai Ketua Umum PKR), Sdr. Lim Guan Eng (Setiausaha Agung) dari DAP dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden) dari PAS.

"Ini, yang kita Pakatan Rakyat terus pertahankan, dan ini yang dilakukan oleh Sdr. Lim Guan Eng (selaku Ketua Menteri Pulau Pinang) seperti sumbangan Ihya' Ramadan tiap-tiap tahun sampai sekarang ini," tegas beliau.

Dalam syarahannyaAnwar menjelaskan erti ketakwaan yang menjadi maksud hakiki di sebalik puasa, serta hubungan ibadah wajib itu dengan tanggungjawab mengimarahkan masjid atas dasar taqwa juga.

"Imarah masjid ertinya sebagaimana terdirinya Masjid Quba' atas dasar taqwa, madrasah puasa juga supaya kita mencapai tahap ketaqwaan," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh berkenaan, sambil membahaskan maksud ayat 108 dari Surah At-Taubah dan Surah Al-Baqarah (ayat 183).

Nada yang sama turut diucapkan oleh Mohd. Rashid, mewakili Guan Eng.

"Sumbangan kecil ini dapat dimanfaatkan bagi menjalankan agenda pembangunan masyarakat melalui aktiviti pengimaran masjid sepanjang bulan Ramadan," ujar Mohd. Rashid.

Mohd. Rashid menjelaskan, peruntukkan untuk perbelanjaan mengurus hal ehwal agama Islam bagi tahun ini, meliputi Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah adalah berjumlah RM25.15 juta.

Manakala, peruntukan belanja pembangunan pula, menurut beliau, berjumlah RM17.88 juta.

Jumlah keseluruhan belanja pembangunan itu, katanya lagi, termasuk RM2.8 juta yang diperuntukkan kepada Masjid Negeri Pulau Pinang.

"Kerajaan Negeri juga menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.35 juta untuk program-program rasmi agama, MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) (Agama) dan Bulan-Bulan Al-Quran," jelas Mohd. Rashid lagi.

Bersempena Ramadan, difahamkan, Kerajaan Negeri menyumbang RM5,000 kepada Masjid Negeri Pulau Pinang demi menganjurkan program dakwah serta imarah bulan ibadah kali ini.

Kelima-lima masjid daerah turut menerima sumbangan Ihya' Ramadan masing-masing berjumlah RM2,000.

Kesemua baki 206 masjid kariah masing-masing menerima sumbangan RM1,000 daripada Kerajaan Negeri.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus