14 September 2014

Baik buruk gaji minimum tinggi di Australia

(Dari kiri) MAK Mertua 'Cik Yah', Zainulfaqar Yaacob, Siti Hajjar Hassan serta #InsyirahSolehah.

GAJI pekerja di Australia lebih baik berbanding di Malaysia, selain mata wang di sini yang nyata jauh lebih besar berbanding mata wang di tanah air.

Sebagai rekod, RM3.09 untuk AU$1. Semalam, Mak Mertua saya tukar RM5,000 dan dapat lebih kurang AU$1,600 sahaja.

Gaji minimum buruh di sini serendah AU$640.90 per minggu, menyamai AU$16.87 per jam untuk 38 jam seminggu, lapor National Minimum Wage Order 2014.

Kenalan saya, blogger Topeng Perak Unmasked yang sejak beberapa tahun lepas berkelana di Australia sebagai buruh (lebih tepat mekanik jentera) pernah menyebut, "gaji yang dapat di Australia terasa begitu mewah apabila balik berbelanja di Malaysia. Kalau di Australia, sama sahaja sebab kos sara hidup yang tinggi.

Buruh di sini boleh menikmati gaji yang lebih berpatutan di sini kerana kuatnya suara dari Parti Buruh, tak kiralah dalam Dewan Parlimen, atau Kerajaan Negeri (macam DUN) dan kerajaan tempatan sendiri.

Sungguhpun begitu, ada kesan berantai sampingan yang lain di sebalik apa yang dinikmati di Australia kini.

Antaranya, wujud nyah-kompetatif dalam sektor pengilangan dan industri disebabkan pelabur bimbang dengan risiko tenaga buruh di sini, berbanding negara-negara lain seperti di Malaysia.

Syarikat automotif nasional  seperti Heldon (macam Proton di Malaysia) turut dikatakan nazak, antara lain disebabkan produktiviti tidak berdaya saing untuk menampung kos pengurusan (termasuk gaji buruh mahir di sini).

Pengeluar kereta terbesar dunia,Toyota pada 11 Februari lepas,  mengumumkan yang mereka akan menutup produksi di Australia dalam tempoh empat tahun dari sekarang walaupun Perdana Menteri, Tony Abbott merayu supaya tidak berbuat demikian.

Keputusan ini sekaligus meletakkan nasib dan masa depan 3,900 orang pekerja dalam situasi tidak menentu.

Toyota mengeluarkan kereta di Australia sejak tahun 1963 di Altona, pinggir Melbourne.

Model Toyota paling popular di Australia ialah Camry sedan.

Ketua Pembangkang, Bill Shorten menyifatkan keputusan itu sebagai berakhirnya industri kereta Australia.

Sebelum keputusan ini dibuat, Toyota adalah satu-satunya syarikat pengeluar kereta yang masih mengekalkan kilang pengeluaran mereka di Australia.

Toyota adalah syarikat pengeluar kereta yang kedua yang membuat pengumuman sedemikian selepas gergasi Amerika, General Motors (GM) turut mengambil pendirian yang sama Disember lepas.

GM yang meneruskan pengeluaran kereta asal keluarga Australia - Holden - menggaji 2,900 pekerja dan akan menutup produksi mereka pada tahun 2017, selepas enam dekad beroperasi.

Abbott telah mengambil inisiatif untuk bertemu dengan Presiden Toyota Australia, Max Yasuda selepas GM membuat keputusan untuk menghentikan pengeluaran jenama Holden di Australia.

Sebuah lagi syarikat pengeluar iaitu Ford akan turut menghentikan operasi mereka pada tahun 2016. Ford mempunyai 1,200 orang pekerja.

Kali terakhir syarikat pengeluar kenderaan menutup operasi mereka di Australia ialah Mitsubishi lima tahun dahulu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus