Mahkamah Persekutuan hari ini telahpun menolak permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Malaysiakini melaporkan, Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng dipetik berkata, beliau kecewa dengan keputusan itu, tetapi akan mematuhi keputusan mahkamah.
ULASAN BJ FAQAR
Sebelum ini BJ Faqar ada bertanya, Boleh atau tidak Referandum Berperlembagaan dilangsungkan di Kelantan?
Saya turut menulis Untung rugi 'Referandum Berperlembagaan'... semasa isu Shariah Kelantan sedang meledak konsesus Pakatan Rakyat.
Seingat saya, pentadbiran Guan Eng di Pulau Pinang sahaja yang bersetuju untuk mengkuasakan semula rakyat melalui pilihan raya Kerajaan Tempatan.
Sebab itu, Kerajaan Kelantan (mungkin Kerajaan PR Selangor pasca Khalid Bebas tumbang nanti) mungkin melihat syor demokratik ini bukan konsesus bersama Pakatan Rakyat di peringkat nasional.
Menyentuh mengenai perihal konsesus bersama ini, saya juga ada menulis Shariah Kelantan: Referandum paling demokratik-Islamis bentuk konsensus Pakatan Rakyat.
Cuba baca idea 'referandum rakyat' yang pernah disyor kepada Kerajaan Negeri Kelantan, dan lihat bersama dalam konteks insiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan kembali pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Apa yang saya nak sebutkan di sini, Kelantan dan Pulau Pinang sebenarnya berkongsi cita-cita sungguhpun dihalang oleh Kerajaan Umno BN Pusat, serta wajar menggerakkan idea referandum rakyat ini secara bersama.
Dengan erti kata yang lebih mudah, idea mewujudkan 'Referandum Rakyat' ini mungkin boleh membantu Pakatan Rakyat mencipta destini politik yang baru, supaya ahli bersedia mengejar wawasan yang baru oposisi dalam menumbangkan rejim Umno BN di Putrajaya, seusai krisis MB di Selangor dalam dua minggu ini.
Setuju?
No comments:
Post a Comment