Catatan Jumaat | 25 Feb. 2014 | 7.10 malam
SAYA pun bertanya seorang diri, adakah mengusir PAS keluar daripada Pakatan Rakyat itu suatu tindakan yang paling demokratik?
Saya bertanya hal ini bukan kerana ada pemimpin DAP yang tak setuju dengan impian PAS melaksana 'Shariah Kelantan' atas alasan tiada konsesus ke arah itu.
Sebelum kita pergi lebih jauh, suka disebutkan bahawa konsesus diadakan adalah untuk mengolah persetujuan.
Apa perkara yang dipersetujuan bersama? Dan, apa perkara yang bersetuju untuk berbeza pendapat secara bersama. Itu konsesus namanya.
Ledakan semula isu 'Shariah Kelantan' oleh Umno nampaknya mencuit sentimental dalam Pakatan Rakyat. PAS kata, setuju kerjasama. DAP kata, tentang!
Paling menarik adalah Dato Seri Anwar Ibrahim. Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu berhasrat memanggil pemimpin DAP, PAS dan PKR untuk menyegarkan semula konsesus tersebut.
Bagaimanapun, beliau tidak menyebut konsesus yang bagaimana mahu dibentuk di tengah-tengah perbezaan yang tajam antara pemimpin-pemimpin tertentu Pakatan Rakyat belakangan ini.
Semoga beliau sempat melakukan tanggungjawab yang penting ini sebelum ke penjara (Moga-moga perancangan tidak demokratik dari Putrajaya mengheret Anwar ke penjara itu gagal).
Konsesus yang Anwar akan ketengahkan ini seringkali mengusik pemikiran saya sejak Ahad lepas lagi.
Dalam benak muda saya, Anwar mungkin mahu mengutarakan kaedah referandum atau pungutan suara berhubung kontroversi 'Shariah Kelantan'.
Kalau betullah begitu, saya fikir referandum itu lebih demokratik serta lebih Islamis dalam membentuk konsesus yang baru.
Konsesus sedia ada dibentuk adalah hasil persetujuan bersama-sama sekumpulan pemimpin PKR, PAS dan DAP.
Sedangkan, konsesus baru yang khusus untuk mengolah persetujuan bersama terhadap 'Shariah Kelantan' ini diputuskan oleh pemimpin dan semua rakyat Kelantan.
Ideologi PAS dan DAP memang ada perbezaan kalau dilihat secara teorikal.
Sekurang-kurangnya, semua pihak dalam Pakatan Rakyatboleh bersetuju dalam kerangka praktikal melalui kaedah refrandum ini.
Kalau pungutan suara rakyat di negeri jolokan Serambi Makkah itu menolak 'Shariah Kelantan, maka diangkat referandum itu sebagai konsesus Pakatan Rakyat.
Melaksanakan 'Shariah Kelantan' pun akan menjadi konsesus Pakatan Rakyat, jika referandum berwajib di negeri itu menerima 'Shariah Kelantan'.
Referandum ini tidak boleh dilaksanakan oleh sebuah parti politik, tetapi, boleh dilakukan dari Putrajaya kerana perlembagaan pernah meruangkan kaedah sebegitu.
Ada rakan sejawat kata, Pakatan Rakyat tidak akan mencapai konsesus secara bersama dalam isu 'Shariah Kelantan', saya kata, "buat apa masuk pilihan raya yang 13 kali kita gagal capai hasrat Umno di Putrajaya?"
Tanya beliau lagi, "Apa kena mengenai pilihan raya pula dengan isu konsesus dan cadangan anta (kamu) untuk mengadakan referandum?"
Saya jawab, "pilihan raya adalah kaedah demokratik untuk membentuk konsesus Pakatan Rakyat di Parlimen, manakala, referandum adalah kaedah yang lebih demokratik untuk membentuk konsesus (berhubung 'Shariah Kelantan' dalam Pakatan Rakyat sekatang."
Biar rakyat menentukannya secara referandum dan pungutan suara ini diangkat sebagai konsesus dalam Pakatan Rakyat dengan semangat paling demokratik.
Setuju?
ZAiNULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com
No comments:
Post a Comment