18 August 2013

Pengaruh Mukhriz tukar transit haji ke Alor Setar?

MUKHRIZ (kanan) dan ayahnya, Mahathir Mohamad.
Tabung Haji (TH) ura-ura akan memilih Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dekat Alor Setar sebagai destinasi transit peserta haji dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum terbang ke Jeddah, Makkah.

Sumber dalaman pengendali tunggal urusan haji negara memberitahu, cadangan peralihan dari transit asal dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas itu ekoran pengaruh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz merupakan anak pemimpin berpengaruh dalam Kerajaan Umno BN Pusat, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri.

"Hampir 10,000 pengunjung dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis transit di sini (Bayan Lepas) sebelum Datuk Seri Mukhriz mempengaruhi Tabung Haji," ujar sumber di Bayan Baru, semalam.

Sumber berkata, kunjungan peserta ke himpunan kursus haji di Universiti Sains Malaysia (USM) selama dua hari bermula pada 24 Ogos depan akan menentukan sama ada cadangan Mukhriz itu akan dilaksanakan sempena musim haji kali ini atau sebaliknya.

"Kalau penyertaan di USM pada Sabtu dan Ahad depan kurang 2,000, ertinya urusan haji di Kompleks Tabung Haji (dekat Bayan Lepas) mungkin urus peserta dari sini (warga Pulau Pinang) sahaja selepas ini," ujar sumber.

Sehingga 10.00 pagi tadi, tiada pengumuman berkaitan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom atau pentadbiran TH sendiri mengenai cakap-cakap politik berkenaan.

Pun begitu, difahamkan, penerbangan sulong dari Bayan Lepas ke KLIA seterusnya ke Jeddah dijadual pada 14 September depan.

Perkembangan terbaru itu, sekiranya dilaksanakan oleh TH, sekaligus dijangka akan menimbulkan suasana politik dingin antara pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang kelak.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus