Hari Kebersamaan Rakyat Malaysia akan dirai 8.00 malam ini di Padang Kota Lama, George Town sempena mengambil pengajaran daripada keburukan api perkauman yang disemarak pemimpin Umno tertentu hingga tercetusnya Tragedi Berdarah 13 Mei 1969.
Difahamkan, keraian demokratik itu diraikan serentak di seluruh negara malam ini.
Pegawai Komunikasi dan Publisiti SUARAM, Sean Ho berkata, keraian malam ini akan tetap diteruskan sungguhpun dijangka berdepan provokasi Perkasa dan pemuda Umno negeri sebagaimana sebelum ini.
'DAP Melayu' Khairul Ishak akan mempengerusikan perhimpunan rakyat malam ini.
Badan bertindak Bantah Anugerah KeRakyatan Asing (baRa), Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (Hapus), Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Labg-Gar901!, Dema, AMK Pulau Pulang, Pemuda Pas Negeri masing-masing akan menghantar wakil di pentas pidato utama malam ini.
Acara nyalaan lilin serta mengarak plakad memprotes pemimpin Negara menyifatkan PRU13 sebagai 'Tsunami Cina' turut akan dilangsungkan malam ini.
"Seluruh rakyat yang berbilang kaum, agama dan latar belakang sosial atas nama Malaysia dijemput hadir ke perhimpunan aman 8.00 malam ini," ujar Sean Ho di USM petang tadi.
No comments:
Post a Comment