23 February 2012
Konspirasi Umno pengaruh Istana adakan PRU13 Selangor, pusat serentak?
DESAS-DESUS pilihan raya negeri Selangor serentak dengan pilihan raya umum ke-13 yang diputuskan pusat kemungkinan berlaku sebagaimana dirancang oleh Umno di negeri berkenaan.
Sumber luar istana mendedahkan Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikenali adil dan rasional cuba dipengaruhi oleh beberapa pelobi upahan Umno.
Sumber meminta pihak berwajib mengikuti serta mendapatkan penjelasan Dato' Mohammed Khusrin Munawi kerana Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor itu didakwa mengetahui konspirasi terbaru Umno bagi merampas Kerajaan Negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat menggunakan pengaruh Istana.
Umno sendiri dilihat mengelak dari menggunakan pengaruh Istana bagi melengkapkan proses kudeta di Selangor sebagaimana yang pernah dilakukan ke atas Kerajaan Negeri Perak lebih tiga tahun lepas.
Mereka dilaporkan hanya mahu rampas Selangor, bukan menghadapi kebangkitan berpenjangan rakyat sebagaimana yang berlaku di Perak sehingga sekarang. Rakyat dilihat bangkit menolak perbuatan tidak demokratik tersebut.
Sumber turut meminta pihak berwajib mengikuti serta mendapatkan penjelasan lanjut mengenai hal ini daripada 'orang istana' bernama Munir Bani.
Sehingga sekarang, Pakatan Rakyat di Selangor bersama-sama Pulau Pinang dan Kelantan dilaporkan merancang untuk tidak mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut sedemikian.
Kedah masih belum memberikan isyarat yang jelas mengenai cadangan Pakatan Rakyat itu.
Seluruh rakyat Malaysia terus berteka-teki mengenai pilihan raya umum belakangan ini gara-gara permainan media yang dilakukan oleh Najib sendiri.
Mampukah Umno menjayakan konspirasi terbesar bagi merampas Selangor ini dengan mempengaruhi Tuanku Sultan Selangor yang adil lagi rasional kelak?
"RAJA ITU RAKYAT, RAKYAT ITU RAJA"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...
No comments:
Post a Comment