23 February 2012
Jangan beli undi rakyat guna agama
PEMBANGKANG Pulau Pinang khususnya Umno dinasihatkan supaya tidak membeli undi rakyat menggunakan sentimen agama, kata Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Pulau Pinang meluahkan nasihat itu ketika menyampaikan ucaptama perasmian pada Persidangan Kesederhanaan Tulen 2012 baru-baru ini.
Beliau menyeru semua pihak untuk mengamalkan kesederhanaan tulen seperti keadilan, kebebasan, kesaksamaan, kebenaran dan keinginan mencari ilmu pengetahuan serta kebenaran bersempena Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia yang dipopularkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kita perlu memahami teras keagamaan (iaitu) bukan sahaja agama yang kita amalkan. Malah, (mengambil tahu) agama yang diamalkan oleh setiap individu di dunia," ujar di sebuah hotel dekat George Town.
Paling istimewa, persidangan sehari itu menerima Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah Indonesia, Prof Dr Sirajudin Syamsudin selain memberi ucapan, turut menerima gelaran Tokoh Anugerah Khas sempena keraian Maah Hijrah 1433H anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penggulungan akhir pada sidang ilmiah itu.
Dua timbalan ketua menteri, Datuk Mansor Haji Othman dan Prof Dr P.Ramasamy serta
Exco Agama, Abdul Malik Abul Kassim (Pengerusi jawatankuasa persidangan) turut berucap pada majlis tersebut.
Dif kehormat yang hadir antaranya Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain, Datuk farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan anggota Majlis Syura Kerajaan Negeri.
Biskop Anthony Selvanayagam mewakili Malaysian Consultative Council for Christianity, Buddhism, Hinduism dan Shikism (MCCBCHS) turut hadir pada pesidangan tersebut.
"Jangan politikan agama untuk mendapat undi rakyat. Kita perlu ada rasa hormat menghormati dan hindari diskriminasi, maka, kesefahaman akan wujud dan kesederhanaan tulis dapat dicapai," ujar beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...
No comments:
Post a Comment