23 February 2012

Mengapa grup Dr Hasan UG tuduh saya 'parasit'?

WAKTU grup Dr Hasan Mohd Ali diarahkan membawa PAS bergabung dengan Umno atas nama Kerajaan Perpaduan, saya dituduh memecah belah jamaah.

Waktu Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang memecat Dr Hasan sebagai ahli PAS, saya dituduh pula parasit yang cuba merosakkan imej PAS.

Saya dituduh sedemikian oleh beberapa pemimpin pemuda PAS Pusat dan pemuda PAS Negeri Pulau Pinang kerana saya anti Umno dan anti Kerajaan Perpaduan sejak dari dulu lagi.

Saya dituduh sedemikian kerana saya anti pemimpin UG seperti Dr Hasan Ali.

Di Pulau Pinang, Setiausaha Pemuda PAS Negeri bernama Afnan Hamimi Taib Azzamuddin antara pemimpin yang mencanang sana sini kononnya saya parasit di dalam jamaah sebab saya anti Umno dan anti UG.

Bagi saya, tidak salah anti UG sebab UG bukanlah keputusan rasmi Muktamar PAS sejak tiga tiga tahun dulu lagi.

Waktu Afnan Hamimi merancang untuk memecat saya dari PAS melalui usul yang dibawah dalam Muktamar Pemuda Negeri Pulau Pinang dua tahun lepas, saya sendiri berkali-kali mendesa supaya hisbah dilakukan ke atas saya.

Saya mendesak Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Ustaz Yusni Mat Piah dan AJKnya Mat Taliban untuk menyegerakan hisbah ke atas saya, tetapi mereka mengelak.

Afnan elok menyatakan sokongan terus atau menyertai JATI bersama Dr Hasan kalau tidak mahu menyertai Umno pun. Tidak perlulah menuduh saya sebagai parasit dalam siri-siri tamrin mahasiswa di Utara Semenanjung Malaysia ini.

Jangan kata tidak ada, saya sudah mendapat rakaman penuh Afnan serta JPM Kedah brainwash serta fitnah pemimpin tertentu jamaah sebagai parasit pada bulan lepas.

Jangan paksa saya dedah rakaman penuh dalam youtube sehingga seluruh media dapat lihat kelaku grup UG yang masih hidup dan giat menuduh saya dan AJK pusat tertentu sebagai parasit sekarang ini.

"Tak menang dan jadi kerajaan berkebajikan di Putrajaya lagi pun, dah tunjuk perangai taliban..."

Menjelang muktamar PAS depan, grup UG pro UMNO dan pro Dr Hasan yang masih berbaki masih berkubu dalam Dewan Pemuda PAS Pusat.

Mungkin sebab itu, segelintir grup ini giat memaksa mahasiswa dan akar umbi parti untuk terus menerima mereka pada saingan muktamar depan.

Mereka menuduh pemimpin yang berbeza pendapat dengan mereka sebagai parasit untuk menutup hubungan langsung mereka dengan Dr Hasan dan Umno atas fikrah Kerajaan Perpaduan.

SAYA TAK KISAH DITUDUH PARASIT. YANG PENTING SAYA ANTi DR HASAN DAN ANTi FiKRAH KERAJAAN PERPADUAN

3 comments:

  1. Oh baru terjumpa! Aku dah link kat blog aku.Teruskan perjuangan!

    ReplyDelete
  2. Oh...terima kasih Cikgu. Semoga Allah menetapkan jejak langkah kita atas jalan dakwah melalui wadah PAS ini. Amin.

    ReplyDelete
  3. Tak perlu kecewa dalam perjuangan itulah cabarannya,...cuma saudara kena berubah sikap :
    1. Saudara hanya mengambil maklumat dari pihak kedua (sumber sekunder) tetapi tidak bertanya kepada sumber primer dalam membuat analisis. Contohnya isu UG ..kenapa saudara tidak mengambil maklumat kepada Presiden dan Majlis Syura tetapi mengutip maklumat dari pihak kedua dan ketiga yang salah faham dan putar belit dengan pengertian sebenar...Idea UG berbeza dengan perjumpaan dengan UMNO sehingga pertemuan PAS UMNO dan YDP Agong pun nak diputarbelit
    2. Saudara lantang mengkritik pimpinan PAS dan kerajaan yang PAS menjadi ketua negeri dan sangat berminat memuji kelebihan yang ada pada DSAI dan konconya, cubalah saudara berubah kepada banyak mengkritik DSAI dan memberikan idea yang bernas dan menyokong segala tindakan kemajuan dalam PAS

    ReplyDelete

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus