23 February 2012
Adam Adli, Jingga13 bantah kapal Israel di Pelabuhan Klang tanpa Ibrahim Ali
Siswa Adam Adli yang menurunkan bendera muka Perdana Menteri di PWTC pad pertengahan Disember tahun lepas antara selebriti yang hadir bersama 80 komrad Jingga13 bagi memprotes kapal Israel berlabuh di Westport dekat Perlabuhan Klang, semalam.
Pertubuhan pendesak Melayu yang diketuai oleh Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak muncul-muncul walaupun dipelawa Jingga 13 sebelum ini.
Demontrasi aman yang diketuai oleh Ketua Jingga13 sendiri, Cikgu Fariz Musa serta Azmizam Zaman Huri (Naib Ketua Pemuda PKR) itu berlangsung selama sejam sambil melaungkan slogan anti Israel.
Bantahan yang ditujukan secara tidak langsung kepada UMNO khususnya pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu tidak menerima gangguan polis. 20 anggota hanya menyaksikan perhimpunan aman itu.
Farid ketika dihubungi Malaysiakini di tempat perhimpunan memberi penjelasan.
"Kita kesal dengan hubungan dagang ini kerana ia seolah-olah membantu negara haram Israel membeli peluru bagi membunuh rakyat Palestin," katanya.
Katanya, banyak lagi perhimpunan akan diadakan selepas ini, bermula dengan perhimpunan di kedutaan Palestin pada 29 Februari.
Pada tarikh itu, katanya, mereka akan menghantar memorandum memaklumkan perkara itu dan menyerahkan bukti yang dikumpul pada negara itu.
"Kita pilih tarikh itu kerana berdasarkan maklumat kita, pada hari itu ada lagi kapal akan masuk ke sini," katanya.
Bagaimanapun kumpulan itu tidak dibenarkan masuk ke kawasan pelabuhan dan tidak dapat memastikan sama ada kapal dari Israel ada berlabuh di Pelabuhan Klang hari ini.
Isnin lalu, sambil mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 berkata kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.
Ini termasuk kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu yang datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...
No comments:
Post a Comment